Paronikia

oie_fIQ6D1TSecT7

Hai, apa khabar semuanya. Semoga hari anda indah dan ceria. Tajuk yang dipilih tcm pada hari ini ialah “Paronikia”. Ok, apa itu paronikia? Paronikia merupakan sejenis penyakit yang melibatkan kuku kita. Tidak kiralah sama ada kuku kaki ataupun tangan. Kesan daripada penyakit ini, ia membuatkan kuku seseorang itu menjadi kemerah-merahan, bengkak dan juga bernanah.

Mungkin ramai yang tidak mengenal istilah ini walaupun sebenarnya mereka pernah mengalami masalah tersebut. Paronikia merupakan istilah perubatan bagi menggambarkan kuku yang bengkak dan bernanah. Ianya disebabkan oleh jangkitan yang sering terjadi pada bahagian tangan seseorang itu. Sekiranya tidak diubati dengan cepat, jangkitan tersebut mampu menjadi lebih teruk.

 

Gejala-Gejala Paronikia

aa

  • Berlaku jangkitan tisu di sekitar kuku
  • Terjadi kemerahan di sekitar kuku
  • Terjadi bengkak di sekitar kuku dan jari
  • Merasa sakit disekitar kuku
  • Bahagian bengkak menjadi kuning (bernanah)

 

Faktor Pendorong Paronikia

oie_j7Z8Lu0yKzor

  • Memotong kuku terlalu pendek
  • Memakai kasut yang sempit dan menutupi kuku
  • Jenis kuku yang melengkung
  • Mengalami kecederaan pada kuku (terluka)

 

Selain itu, antara penyebab lain yang dapat membuatkan seseorang itu mengalami paronikia ialah ketika seseorang itu memotong kuku. Proses pemotongan kuku yang salah sehingga menyebabkan kemerahan dan bernanah pada bahagian isi di sekitar kuku juga dapat mendorong terjadinya paronikia. Apabila terdapat sebahagian kuku yang mencengkam ke dalam daging di sekitar kuku.

Pesakit akan mulai merasa sakit pada bahagian jari tersebut. Seterusnya ia menjadi kemerahan dan bernanah. Keadaan ini kebiasaannya terjadi pada bahagian kuku ibu jari. Bagi pesakit diabetes, keadaan ini akan menjadi semakin parah buat mereka. Ini kerana, sekiranya mereka terluka, luka tersebut akan mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh berbanding mereka yang sihat.

 

Rawatan Paronikia

b

Terdapat beberapa langkah rawatan yang dapat dilakukan bagi merawat penyakit ini. Tips pertama bagi merawat paronikia adalah dengan membersihkan kawasan sekitar kuku yang sakit dengan menggunakan air suam. Sekiranya sakit masih berlanjutan, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor. Antara rawatan yang mungkin anda terima adalah seperti berikut :

  • Memotong sebahagian kuku – Sekiranya kesan daripada kuku yang tumbuh ke dalam isi mencengkam dan menyebabkan jari pesakit mengalami kemerahan, sakit dan bernanah. Doktor akan memotong sebahagian kuku yang mencengkam isi tersebut. Dan tentulah ianya dibuat setelah pesakit menerima bius bagi mengelakkan pesakit merasa lebih sakit ketika proses tersebut.
  • Mengangkat kuku – Langkah ini akan digunakan sekiranya pesakit hanya mengalami kemerahan dan merasa sakit tetapi tidak bernanah. Ini kerana, hanya sedikit sahaja kuku yang mencengkam ke dalam isi pesakit. Kebiasaannya doktor akan mengangkat tepi kuku yang tumbuh ke dalam isi serta meletakkan kapas atau benang sebagai pelapik agar kuku tersebut tidak terus tumbuh lebih dalam.

 

Langkah Pencegahan Paronikia

a

  • Cegah daripada tabiat suka menggigit kuku
  • Memakai sarung tangan getah sekiranya ingin melakukan sesuatu perkara yang dapat menyebabkan luka
  • Cegah daripada menghidapi penyakit kronik seperti diabetes
  • Sering cuci tangan anda agar tidak mendapat sebarang jangkitan

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

oie_Un5hhN8USaCv

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>