Berhenti Merokok dengan Bergaya

oie_ASmo1R4slCEb

Bila disebut perkataan “rokok”, boleh dikatakan hampir semua lapisan masyarat mengetahui apa itu rokok. Tidak salah untuk kita mengetahui apa itu rokok sebagai menambahkan ilmu pengetahuan. Tetapi, salahnya terjadi apabila kita menjadi salah seorang daripada perokok tersebut. Tidak semua perokok ingin meneruskan tabiat tidak sihat mereka itu, walau tegar sekalipun seseorang itu merokok. Pasti ada tersembunyi di hati kecilnya ingin berhenti daripada merokok. Ini kerana, sedangkan mereka sendiri pun tahu dan sedar akan bahayanya merokok. Bukan hanya setakat kepada diri sendiri tetapi juga kepada orang-orang tersayang disekeliling mereka seperti ibu bapa, anak isteri dan saudara2 mereka yang lain.

Sebelum kita teruskan kepada bagaimana cara untuk kita berhenti merokok dengan bergaya. Mari kita imbas serba sedikit tentang kesan bahayanya rokok itu terhadap kesihatan kita dan orang disekeliling kita.

MARAH

Kesan buruk merokok :

  1. Kajian menunjukkan, setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih kurang 4000 bahan kimia yang beracun yang berbahaya dan boleh membawa maut.
  2. Deria bau akan kurang sensitif.
  3. Gigi mudah rosak serta gusi mudah bengkak.
  4. Sekiranya seseorang itu kerap merokok, ubat-ubatan yang dimakannya untuk mengubati penyakit2 tertentu akan kurang keberkesanannya.
  5. Nafas berbau.
  6. Gangguan sistem gastrousus seperti ulser perut.
  7. Keupayaan fizikal dan mental terganggu.
  8. Berisiko menghidapi penyakit jantung.
  9. Juga berisiko menghidapi penyakit kanser paru2 dan pankreas.

rokok 1

Bahan2 berbahaya di dalam rokok :

  1. Bahan yang digunakan di dalam cat(acetone)
  2. Pencuci lantai (ammonia)
  3. Ubat gegat (naphthalene)
  4. Racun serangga (DDT)
  5. Racun anai-anai (arsenic)
  6. Gas beracun (hydrogen cyanide)
  7. Menyebabkan kehilangan vitamin dan mineral yang penting dalam tubuh badan.
  8. 3 racun yang sangat berbahaya yang terdapat didalam rokok adalah tar, nikotin dan karbon monoksida

 

Tar – Ia mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui. Bahan2 tersebut biasanya akan menjadi penyebab kepada kanser (karsinogen).

Nikotin – Bertindak seperti dadah contohnya heroin dan kokain yang bertindak balas di dalam otak serta menjadi punca utama yang menyebabkan seseorang perokok itu ketagih merokok.

Karbon monoksida – Sejenis gas beracun yang biasanya dikeluarkan daripada ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalan2 oksigen ke tisu2 didalam tubuh badan kita.

emoticon-007

Jom ikuti langkah ini untuk berhenti daripada merokok dengan bergaya dan berjayanya :  :)

  1. Tetapkan tarikh – tentukan waktu anda untuk berhenti dan terus berhenti, anggap saja anda sudah pun bermula. Seterusnya sibukkan diri dengan perkara lain tanpa melibatkan diri langsung dengan rokok.
  2. Melengahkan – setiap kali timbul keinginan untuk merokok, cuba untuk melengahkan dengan cakap “kejap lagi la”.
  3. Berfikiran positif – anggap usaha untuk berhenti merokok sebagai satu perubahan untuk kehidupan yang lebih baik.
  4. Mengunyah – ganti tabiat merokok dengan mengunyah makanan. Seperti kacang atau gula-gula getah yang kurang gula.
  5. Yakin – sentiasa yakin anda mampu untuk berhenti merokok.
  6. Bertenang – stress boleh dikatakan faktor utama seseorang itu merokok, jadi belajarlah cara untuk mengawal diri menjadi lebih tenang dan ceria.
  7. Bersenam – setiap kali ingin merokok, cuba lakukan senaman ringan. Disamping dapat menyihatkan tubuh badan, anda dapat mencapai target anda untuk berhenti merokok.
  8. Banyakkan minum air kosong – elakkan minuman berkafein.

 

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>