Penyakit Adenoiditis

oie_VsmztDT57n30

Hai semua, seronok ke cuti Raya Cina baru ni? Tcm harap semua tetap menjaga kesihatan ye walaupun ketika berseronok di musim cuti. Artikel yang tcm nak kongsikan pada hari ini adalah mengenai sejenis penyakit yang dikenali sebagai penyakit adenoiditis. Adenoiditis adalah suatu keadaan keradangan dan jangkitan yang terjadi pada suatu bahagian yang dikenali sebagai adenoid.

 

Adenoid

Adenoid adalah sekumpulan tisu yang bekerjasama dengan tonsil untuk mengekalkan kesihatan kita dengan menghalang kuman berbahaya melepasi hidung dan mulut. Selain itu, adenoid juga turut menghasilkan antibodi bagi membantu kita melawan jangkitan kuman yang terdapat di dalam tubuh badan. Adenoid dapat mengecil seiring dengan peningkatan usia.

Oleh kerana tugas adenoid melawan jangkitan bakteria, kadang-kala mereka turut dapat dijangkiti. Keadaan inilah seterusnya yang menyebabkan keradangan adenoiditis.

 

Gejala-Gejala Adenoiditis

  • Sakit tekak
  • Hidung tersumbat
  • Kelenjar di leher mengalami pembengkakan
  • Sakit telinga dan masalah telinga lain
  • Hidung berair
  • Masalah saluran pernafasan

 

Penyebab Adenoiditis

Ketika kita mengalami sakit tekak, tonsil dapat mengalami jangkitan. Adenoid yang terletak lebih dalam di dalam mulut, di belakang hidung dan lelangit mulut juga turut dapat dijangkiti. Bakteria yang dapat menyebabkan adenoiditis dikenali sebagai streptococcus. Selain itu, adenoiditis dapat disebabkan oleh beberapa jenis virus seperti virus Epstein bar, adenovirus dan rhinovirus.

 

Faktor Pendorong Adenoiditis

  • Jangkitan tekak, leher atau kepala berulang
  • Jangkitan tonsil
  • Pendedahan secara langsung dengan virus airborne, kuman dan bakteria

 

Langkah Mengatasi Adenoiditis

Adenoiditis dapat diubati dengan antibiotik. Akan tetapi, sekiranya kanak-kanak yang mengalami jangkitan seperti jangkitan telinga dan sinus, rawatan dengan antibotik mungkin tidak akan efektif. Di sini tcm kongsikan beberapa tips dengan anda semua bagaimana anda dapat mengatasi masalah adenoiditis. Antaranya ialah ;

  1. Makan makanan yang sihat
  2. Minum banyak air kosong
  3. Pastikan anda dapat tidur yang cukup
  4. Menjaga kebersihan diri dan persekitaran

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=penyakit+adenoiditis

https://www.deherba.com/adenoiditis-radang-kelenjar-getah-bening.html

https://hellosehat.com/penyakit/adenoiditis/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>