Penyakit GERD

oie_XTwQJ1xHwIxV

Salam sejahtera buat semua yang membaca. Tcm pasti, terdapat ramai dikalangan kita yang sering mendapat petunjuk berkenaan dengan keadaan kesihatan mereka. Tubuh badan kita sentiasa berinteraksi dengan kita dalam pelbagai macam cara, salah satunya adalah dengan menunjukkan gejala-gejala bagi penyakit tertentu. Namun hanya sebilangan kecil sahaja yang sedar akan perkara ini.

Kebanyakan dari kita sentiasa mengabaikannya sehingga dapat meletakkan mereka berada di dalam situasi yang lebih berbahaya. Ini kerana, penyakit yang lambat dikesan adalah lebih sukar untuk diubati berbanding penyakit yang telah dapat dikesan pada awal perkembangannya. Dengan mengenalpasti sesuatu penyakit itu lebih awal, doktor dapat memberikan ubat dan rawatan yang lebih tepat.

 

Seperti lain-lain penyakit yang menunjukkan gejala di awal perkembangannya, penyakit yang akan dibincangkan pada hari ini juga menunjukkan gejala-gejalanya yang tersendiri. Penyakit tersebut ialah Penyakit Refluks Gastroesofageal (GERD). GERD merupakan sejenis penyakit pencernaan kronik yang berlaku apabila asid di dalam perut atau kadangkala, kandungan perut mengalir semula ke dalam saluran esofagus (laluan di antara mulut dan perut).

 

Gejala-Gejala GERD

oie_trans

  • Mengalami rasa seakan-akan terbakar di dalam dada (heartburn)
  • Sakit pada bahagian dada
  • Mengalami batuk kering
  • Suara menjadi serak
  • Mengalami kesukaran untuk menelan (disfagia)
  • Mengalami nafas berbau
  • Sakit ketika menelan sesuatu

 

Penyakit ini secara lazimnya dapat dikenal pasti dengan  rasa pedih ulu hati yang sering berlaku dan berterusan dan regurgitasi asid. Keadaan esofagus yang sering terdedah secara berterusan kepada kandungan perut akan mengakibatkan luka pada lapisan dinding esofagus. Keadaan ini dikenali sebagai keradangan kehakisan esofagus. GERD dapat terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia.

Oleh itu, setiap dari kita hendaklah sentiasa berwaspada. Penyakit GERD yang tidak mendapat rawatan yang sepatutnya dapat menyebabkan pelbagai kesan yang berbahaya. Antaranya ialah penyempitan esophageal, pendarahan esophageal, serta keadaan yang dikenali sebagai Barrett’s Esophagus (berlaku pembentukan jaringan pada dinding esophageal yang dapat ditemui dalam usus).

 

Faktor Pendorong GERD

  • Masalah obesiti
  • Asma
  • Mulut kering
  • Merokok
  • Diabetes melitus
  • Kehamilan

Pencegahan GERD melalui gaya hidup sihat

oie_trans (2)

  • Berat badan ideal – Pastikan berat badan anda tidak berlebihan. Ini kerana, obesiti merupakan salah satu pendorong kepada terjadinya penyakit GERD.
  • Cara pemakanan – Makan di dalam kuantiti yang sedikit akan tetapi secara berulang adalah lebih baik berbanding makan pada kuantiti yang terlalu banyak di dalam satu masa.
  • Pemakaian – Elakkan daripada memakai pakaian yang terlalu ketat. Pakaian yang terlalu ketat pada bahagian perut dan pinggang dapat memberi tekanan pada perut dan seterusnya membuatkan GERD semakin teruk.
  • Elak baring setelah makan – Tempoh yang disarankan untuk membolehkan seseorang itu baring setelah makan adalah selama 3 jam.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

oie_Un5hhN8USaCv

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>