Penyakit Mata Kering

oie_yqj8pyatlgl6

Hai semua, hari ini tcm nak kongsikan dengan anda berkenaan dengan penyakit mata. Penyakit ini merupakan suatu keadaan mata yang mengalami kekurangan cairan. Penyakit ini dikenali sebagai penyakit mata kering. Jangan pandang remeh yea akan penyakit ini. Ini kerana, penyakit mata kering yang tidak segera ditanggani dapat menyebabkan jangkitan dan lubang pada kornea mata.

Hal tersebut seterusnya mampu mendorong kepada masalah yang lebih teruk iaitu kebutaan! Nama lain bagi penyakit mata kering adalah ‘keratoconjunctivitis’ atau sindrom mata kering.

 

Penyebab Mata Kering

Penyakit mata kering terjadi apabila berlakunya suatu keadaan di mana kualiti atau kuantiti air mata menjadi tidak normal. Kesan dari perkara ini, organ mata seterusnya terdedah kepada kerosakan okular, keradangan mata atau gangguan penglihatan. Antara faktor penyebab adalah seperti pencemaran udara, cuaca kering, terlalu lama berada di hadapan komputer, terdedah kepada radiasi, mengalami kecederaan, usia dll.

 

Gejala-Gejala Mata Kering

  • Mata terasa panas dan bengkak
  • Mata terasa sakit dan berwarna kemerahan
  • Terdapat selaput lendir nipis disekitar mata
  • Kelopak mata atas dan bawah melekat bersama-sama ketika bangun tidur
  • Mata terasa berpasir dan kering
  • Mata terasa gatal
  • Penglihatan menjadi sensitif terhadap sinar matahari

 

Tips Menanggani Mata Kering

Terdapat beberapa tips yang dapat diamalkan bagi menanggani penyakit mata kering. Antaranya adalah seperti mengurut mata anda. Seterusnya elakkan daripada memakai kanta lekap terlalu lama. Sekiranya pekerjaan anda memerlukan anda untuk berada di hadapan komputer terlalu lama, pastikan mata anda mendapatkan rehat yang secukupnya dari skrin komputer.

Selain itu, elakkan juga daripada mengambil sebarang ubat-ubatan tanpa saranan daripada doktor yang bertauliah.

 

Langkah Pencegahan Mata Kering

  • Lindungi mata anda daripada terdedah kepada debu
  • Lindungi juga mata anda daripada asap ketika berada di jalan raya
  • Makan makanan yang kaya akan zat omega-3 dan omega-7
  • Jaga kebersihan mata anda dan kawasan sekitarnya
  • Menggunakan produk pelembap udara yang dijual dipasaran
  • Elakkan daripada pemakaian make-up mata seperti eyeliner dan mascara

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/#q=penyakit+mata+kering

http://www.alodokter.com/mata-kering

http://www.ahlinyapenyakitmata.web.id/ciri-ciri-penderita-penyakit-mata-kering/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>