Penyakit Graves

oie_JgOdn2jBuk93

Salam rabu semua, artikel yang akan tcm kongsikan pada hari ini adalah berkenaan dengan sejenis penyakit yang dikenali sebagai Penyakit Graves. Penyakit graves adalah suatu keadaan di mana seseorang itu mengalami sejenis gangguan pada sistem imun tubuh badan mereka yang seterusnya menjadi penyebab kepada keadaan yang dikenali sebagai hipertiroidisme.

Hipertiroidisme adalah suatu keadaan di mana hormon tiroid dihasilkan secara berlebihan. Selain penyakit graves yang merupakan penyebab umum kepada keadaan ini, terdapat juga lain-lain faktor yang mampu membuatkan seseorang itu mengalami hipertiroidisme.

 

Faktor Pendorong Graves

Sesiapa sahaja berisiko mengalami penyakit graves. Walaupun begitu, penyakit graves lebih sering terjadi kepada golongan wanita yang berumur 40 tahun ke bawah. Berikut disenaraikan beberapa faktor pendorong yang membuatkan seseorang itu berpotensi tinggi menghidapi penyakit ini. Antaranya ialah :

  • Mempunyai ahli keluarga yang menghidapi penyakit graves
  • Gangguan sistem ketahanan tubuh badan seperti diabetes type 1 dan arthritis rheumatoid
  • Penyakit atau keadaan yang membuatkan seseorang itu sering tertekan atau stress
  • Tabiat merokok
  • Menghidapi kanser tiroid
  • Mempunyai benjolan (nodule) abnormal yang berkembang pada kelenjar tiroid

 

Gejala-Gejala Penyakit Graves

  • Degupan jantung menjadi cepat atau tidak teratur
  • Mengalami pembesaran pada kelenjar tiroid anda
  • Berpeluh di dalam kuantiti yang banyak
  • Mengalami masalah insomnia
  • Mengalami tremor ringan pada tangan atau jari
  • Kerap buang air
  • Mengalami keguguran rambut

 

Penyebab Penyakit Graves

Penyebab kepada penyakit graves ialah disebabkan oleh berlakunya gangguan atau kerosakan pada sistem ketahanan tubuh badan yang berfungsi untuk melawan penyakit. Antibodi sepatutnya menyerang virus atau benda asing di dalam tubuh badan. Akan tetapi, bagi pesakit graves, antibodi sebaliknya menyerang reseptor yang berada pada sel di dalam kelenjar tiroid di leher mereka.

Disebabkan oleh gangguan ini, proses penghasilan hormon tiroid akan terganggu dan seterusnya menyebabkan hormon tiroid dihasilkan secara berlebihan sehingga menyebabkan hipertiroidisme.

 

Komplikasi Penyakit Graves

  • Mengalami masalah tulang rapuh atau osteoporosis  yang disebabkan gangguan hormon tiroid di dalam penyerapan kalsium pada tulang
  • Mengganggu ibu yang sedang hamil seperti menyebabkan berlakunya kelahiran pra-matang dll
  • Mengalami gangguan pada jantung seperti perubahan pada struktur dan otot jantung serta kemampuan jantung untuk menyalurkan darah ke seluruh tubuh badan

 

Langkah Mengatasi Penyakit Graves

  • Melakukan senaman dengan teratur
  • Kawal perasaan dengan mengelakkan daripada stress atau tertekan
  • Cegah tabiat merokok serta elakkan diri dari terdedah kepada asap rokok
  • Amalkan pola pemakanan yang sihat

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/#q=penyakit+graves

http://www.sehatfresh.com/penyakit-graves/

http://www.alodokter.com/penyakit-graves

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>