Penyakit Krabbe

oie_V1bvIBUoZbvJ

Hai semua, artikel yang akan dikongsikan pada hari ini adalah berkenaan dengan sejenis penyakit yang dikenali sebagai Penyakit Krabbe. Apa tu? Penyakit krabbe merupakan penyakit keturunan yang mempengaruhi sistem saraf pusat seseorang itu. Penyakit ini termasuklah penyakit otot yang mempengaruhi pergerakan dan mampu menyebabkan kehilangan penglihatan dan juga pendengaran.

Kebanyakan kes penyakit krabbe sering ditemui berkembang pada bayi yang berusia di bawah 6 tahun. Walaupun begitu, penyakit krabbe juga berpotensi dialami oleh orang dewasa. Secara umumnya, hubung kait diantara perkembangan penyakit krabbe dengan usia penderita ialah semakin muda usia penderita, semakin cepat penyakit ini berkembang.

 

Penyebab Penyakit Krabbe

Penyebab kepada penyakit ini ialah disebabkan oleh kekurangan enzim yang disebut sebagai galactocerebrosidase (GALC). Enzim ini sangat penting sekali di dalam pemeliharaan myelin. Iaitu zat lemak yang terdapat pada serabut saraf anda.

 

Gejala-Gejala Krabbe

  • Sukar untuk mengawal perasaan marah
  • Kehilangan progresif bagi pendengaran dan penglihatan
  • Mengalami kekejangan
  • Mengalami kesukaran untuk makan
  • Hilang keupayaan untuk mengawal pergerakan kepala
  • Demam serta muntah-muntah
  • Menangis tanpa alasan

 

Komplikasi Penyakit Krabbe

Terdapat beberapa komplikasi yang dapat dialami oleh penderita krabbe. Antaranya seperti mengalami jangkitan dan juga masalah pada sistem pernafasan. Selain itu, penderita krabbe juga berpotensi mengalami kelumpuhan. Lebih merisaukan lagi apabila kebanyakkan kanak-kanak yang menghidapi penyakit ini sewaktu kecil berisiko tinggi untuk meninggal dunia sebelum berusia 2 tahun.

Antara faktor yang sering menjadi sebab kepada kematian penderita krabbe adalah seperti mengalami kegagalan sistem pernafasan atau penurunan fungsi otot secara mendadak.

 

Langkah Pencegahan Krabbe

Belum terdapat sebarang rawatan khusus atau langkah pencegahan bagi penyakit krabbe. Akan tetapi, sekiranya anda hamil, anda dapat melakukan scan untuk melihat sama ada terdapat tanda-tanda penyakit ini pada bayi anda. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor berkenaan dengan penyakit ini serta cara untuk anda mengatasinya.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/#q=penyakit+krabbe

http://www.sehatfresh.com/penyakit-krabbe/

http://sehat-enak.blogspot.my/2010/09/penyakit-krabbe.html

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>