Penyakit Buerger

oie_XY76GHkZLypI

Apa khabar semua? Tcm nak kongsikan dengan anda semua mengenai sejenis penyakit yang dikenali sebagai buerger. Bukan burger yea, tetapi penyakit buerger. Penyakit buerger adalah suatu keadaan di mana berlakunya penyumbatan pada arteri dan vena yang berukuran kecil sehinggalah sederhana. Antara kawasan yang sering diserang penyakit ini ialah pada bahagian lengan dan juga kaki.

Pembuluh darah penderita pesakit buerger seterusnya akan mengalami keradangan serta membengkak. Selain itu, pembuluh darah mereka juga berpotensi mengalami penyumbatan disebabkan oleh darah yang membeku (trombus).

 

Gejala-Gejala Buerger

  • Jari jemari pada tangan dan kaki menjadi pucat apabila terdedah kepada sesuatu yang sejuk.
  • Merasa sakit pada lengan dan tangan atau kaki ketika anda melakukan sesuatu dan kemudian rasa sakit semakin berkurangan apabila anda berhenti dari melakukan sesuatu menggunakan lengan atau kaki.
  • Luka terbuka yang sangat menyakitkan pada jari-jari tangan dan kaki.
  • Mengalami keradangan disepanjang vena di bawah permukaan kulit yang disebabkan oleh gumpalan darah di dalam pembuluh darah.

 

Penyebab Penyakit Buerger

Masih belum terdapat sebarang kajian yang dapat menentukan sebab utama mengapa penyakit buerger terjadi. Walaupun begitu, pakar perubatan juga berpendapat terdapat beberapa faktor yang berpotensi tinggi menjadi penyebab kepada berlakunya penyakit ini. Antaranya ialah seperti tabiat merokok. Ini kerana, terdapat banyak kes penyakit buerger yang ditemui menyerang perokok lelaki yang berusia 20-40 tahun.

 

Kesan Bahaya Buerger

Apabila penyakit buerger menjadi semakin teruk, aliran darah yang sepatutnya sampai hingga ke hujung jari tangan dan juga kaki akan semakin terganggu. Ianya disebabkan oleh, penyumbatan yang berlaku dan seterusnya membuat darah sukar untuk mengalir sehingga ke hujung jari. Apabila hujung jari tangan dan kaki tidak mendapat oksigen dan nutrisi yang diperlukan..

Kulit dan tisu pada hujung jari tangan dan kaki akan mengalami kelumpuhan (gangren). Antara tanda-tanda seseorang itu mengalami gangren ialah kulit mereka akan berwarna hitam atau biru. Seterusnya deria rasa pada kawasan yang terlibat, tidak akan lagi berfungsi seperti biasa.

 

Langkah Mengatasi Buerger

  • Amalkan gaya hidup sihat dengan bersenam
  • Makan makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Sering lakukan pemeriksaan kesihatan dari masa ke semasa
  • Bersihkan sebarang luka yang anda alami dengan sabun dan air bagi mengelakkan jangkitan
  • Menjaga kesihatan gigi dan gusi agar tetap sihat

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://www.spesialis.info/?waspadai-gejala-penyakit-buerger,730

http://www.sehatfresh.com/penyakit-buerger/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>