Kenali Dysmenorrhea

Stomach Pain

Apa khabar semua, hari ini tcm nak kongsikan mengenai dysmenorrhea. Dysmenorrhea merupakan suatu keadaan di mana seseorang wanita itu mengalami rasa yang terlalu sakit ketika haid sehingga memaksa mereka untuk berehat atau meninggalkan kerja yang dilakukan mereka untuk beberapa jam atau beberapa hari. Dysmenorrhea dapat dikategorikan kepada dua jenis.

 

Dua Jenis Dysmenorrhea

Primary Dysmenorrhea

Dysmenorrhea jenis yang pertama ini adalah sakit ketika menstruasi yang terjadi tanpa mempunyai sebarang perubahan yang ketara terhadap kelainan ginekologik.

Secondary Dysmenorrhea

Jenis dysmenorrhea yang kedua pula ialah rasa sakit ketika mentruasi yang disebabkan kerana adanya kelainan pada bahagian pelvis. Contohnya seperti endometriosis, myoma uteri, stenosis serviks, atau uterus.

 

Gejala-Gejala Dysmenorrhea

  • Sakit kepala yang berdenyut-denyut
  • Perut terasa memulas-mulas dan mengalami diarrhea
  • Sakit pada bahagian bawah perut seperti dicengkam
  • Pengsan atau tidak sedarkan diri
  • Sakit punggung pada bahagian bawah dan kaki
  • Sering muntah-muntah atau terasa ingin muntah

 

Kenapa Dysmenorrhea Terjadi

Rasa sakit yang dialami oleh penderita dysmenorrhea berkaitan dengan suatu sebatian yang dikenali sebagai prostaglandin. Sebatian ini meningkat ketika tempoh haid menjelang dan semakin meningkat ketika sedang haid dan akan menurun perlahan-lahan selepas tempoh haid berakhir. Dengan kadar prostaglandin yang menurun, rasa sakit yang dialami penderita dysmenorrhea juga akan menurun.

 

Langkah Mengatasi Dysmenorrhea

Dari hasil kajian yang telah dijalankan, antara langkah yang dikenal pasti dapat mengatasi rasa sakit yang dialami penderita dysmenorrhea ialah seperti melakukan senaman dengan teratur. Kesan daripada melakukan senaman yang teratur akan dapat meningkatkan aliran darah pada organ rahim dan seterusnya mengurangkan gangguan aliran darah yang disebabkan oleh prostaglandin.

Selain itu, faktor-faktor lain seperti tidur yang mencukupi dan melakukan senaman yang dapat membuatkan diri merasa tenang sedikit sebanyak dapat membantu seseorang itu menjaga aliran darah mereka.

 

Tips Pencegahan Dysmenorrhea

  • Minum banyak jus buah dan cegah minuman seperti kopi, teh dan minuman bersoda
  • Makan makanan yang kaya protein dan serat ketika ketika anda datang haid
  • Tenangkan fikiran dengan mendengar lagu yang menenangkan
  • Kurangkan garam dengan cara menghindari junk food atau makanan ringan yang banyak mengandungi garam

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://female.kompas.com/read/2010/01/25/20211972/apakah.anda.mengidap.dysmenorrhea.

http://healthypedia11.blogspot.my/2012/07/mengenal-dan-cara-mengatasi-dysmenorrhea.html

http://little-hijab.blogspot.my/2012/04/apa-itu-dysmenorrhea.html

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>