Masalah Gigi Berlubang

oie_njrmljetx2ti

Salam sihat semua, artikel yang akan dikongsikan pada hari ini ialah mengenai suatu masalah yang sering dialami pada gigi kita. Masalah tersebut ialah masalah gigi berlubang. Walaupun masalah ini kelihatan remeh, sebenarnya masalah ini sangat penting sekali untuk diberi perhatian. Ini kerana, masalah gigi berlubang yang tidak ditanggani dengan betul dapat membuatkan seseorang itu terdedah kepada jangkitan.

Jangkitan tersebut berasal daripada bakteria yang terdapat pada gigi berlubang, apabila masalah gigi berlubang tidak ditanggani dengan betul, jangkitan akan mula tersebar ke seluruh tubuh badan.

 

Gejala-Gejala Gigi Berlubang

Gejala bagi gigi berlubang bergantung kepada keluasan lubang dan kawasan berlakunya kerosakan tersebut. Pada permulaan biasanya pesakit tidak akan menyedarinya sama sekali, akan tetapi apabila keadaan tersebut mula semakin teruk, pesakit berpotensi mengalami gejala-gejala seperti :

  • Sakit ketika menggigit sesuatu
  • Mengalami sakit pada bahagian gigi
  • Gigi menjadi sensitif
  • Terasa sakit ketika makan atau minum sesuatu yang manis, panas atau sejuk
  • Terdapat warna hitam, coklat atau putih di atas permukaan gigi
  • Terdapat lubang pada permukaan gigi

 

Penyebab Gigi Berlubang

Masalah gigi berlubang juga sering dikenali sebagai kerosakan gigi atau caries. Masalah ini dapat disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya ialah bakteria yang terdapat pada mulut, sering makan makanan ringan “snek”, suka akan minuman yang manis serta tidak menjaga kesihatan gigi dengan baik. Contohnya seperti jarang memberus gigi atau tidak membersihkan gigi dengan baik.

 

Komplikasi Gigi Berlubang

Seperti yang telah dinyatakan di atas, masalah gigi berlubang hendaklah segera ditanggani. Masalah ini dapat membuatkan penderitanya mengalami komplikasi-komplikasi yang berbahaya walaupun ianya terjadi pada kanak-kanak yang masih belum memiliki gigi kekal. Antara komplikasi tersebut ialah :

  • Mengalami nanah di sekitar gigi
  • Sukar untuk mengunyah sesuatu makanan
  • Gigi mudah patah
  • Terdedah kepada pelbagai jangkitan
  • Berpotensi mengalami kehilangan gigi

 

Tips Pencegahan Gigi Berlubang

Dah tengok kan risiko-risiko yang boleh dialami sekiranya anda mengalami masalah gigi berliubang? Jadi, jom tcm nak kongsikan pula dengan anda semua mengenai tips-tips pencegahan yang boleh sama-sama kita amalkan. Antaranya ialah :

  • Mengamalkan pola pemakanan yang sihat : Kurangkan pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi kandungan gula yang berlebihan.
  • Banyakkan minum air kosong : Minum banyak air kosong dapat memastikan penghasilan air liur kita normal supaya risiko mengalami gigi berlubang dapat dikurangkan.
  • Elakkan daripada lupa memberus gigi : Rutin memberus gigi adalah sekurang-kurangnya dua kali sehari, ini bagi memastikan tiada sisa-sisa makanan yang tinggal di dalam mulut.
  • Lakukan pemeriksaan gigi : Pemeriksaan gigi secara berkala, amat bagus untuk diamalkan supaya kita dapat memastikan gigi kita sentiasa sihat dan kuat

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/#q=masalah+gigi+berlubang

http://www.sehatfresh.com/gigi-berlubang/

http://www.alodokter.com/gigi-berlubang-menyimpan-risiko-penyakit

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>