Bahaya Dehidrasi

oie_QZOhJAmxYTVT

Air merupakan salah satu keperluan kita untuk terus hidup. Air juga merupakan sumber yang penting bagi tubuh badan kita di dalam menghasilkan tenaga. Seperti yang kita semua ketahui, dehidrasi adalah sejenis masalah kekurangan air yang dialami oleh seseorang itu. Ianya terjadi disebabkan oleh faktor-faktor kurangnya pengambilan air kosong oleh seseorang itu sehingga mengakibatkan tubuh badannya tidak mempunyai air yang mencukupi serta seterusnya mampu mendatangkan kesan-kesan yang tertentu.

 

Gejala-Gejala Dehidrasi

oie_TX7Ke3tSklNe

  • Mengalami masalah seperti sembelit
  • Mulut kering
  • Mengantuk serta keletihan
  • Merasa haus
  • Kulit kering
  • Pening serta sakit kepala
  • Hanya mempunyai sedikit atau tiada air mata ketika menangis
  • Mata cengkung
  • Jantung yang berdegup kencang

 

Selain daripada faktor kurangnya pengambilan air daripada seseorang itu sendiri, terdapat beberapa faktor lain yang dapat mendorong terjadinya dehidrasi ini. Antara faktor lain yang sering dikaitkan sebagai punca kepada dehidrasi ialah diarrhea, muntah-muntah, pendarahan dan sebagainya. Tahukah anda dehidrasi sebenarnya mempunyai kesan yang berbahaya pada tubuh badan kita? Berikut merupakan beberapa kesan yang dapat terjadi sekiranya seseorang itu mengalami dehidrasi.

 

Kesan-Kesan Dehidrasi :

Onion-onion-head-emoticon-23254609-130-130

1. Penyakit Kulit

  • Dehidrasi secara tidak langsung sebenarnya turut menjejaskan penyinkiran toksin melalui kulit sera membuatkan kulit menjadi terdedah kepada segala jenis penyakit kulit seperti dermatitis dan psoriasis serta penuaan dan perubahan warna pada kulit.

2. Peningkatan Berat Badan

  • Ketika dehidrasi juga, tubuh badan sukar untuk mengeluarkan racun secara efektif sehingga racun tersebut tersimpan di dalam lemak. Racun tersebut akan tetap tersimpan di situ sehinggalah badan terhidrasi untuk mengeluarkan racun dengan selamat.

3. Kelelahan

  • Dehidrasi menyebabkan aktiviti enzim yang terdapat di dalam tubuh badan kita menjadi terjejas. Hal ini seterusnya, akan menyebabkan seseorang itu merasa lelah atau lemas.

4. Kesakitan dan Kekakuan pada Sendi

  • Semua sendi mempunyai lapisan tulang rawan yang terdiri daripada air. Ketika dehidrasi, tulang rawan tersebut secara tidak langsung menjadi lemah dan membuatkan seseorang itu merasa sakit dan tidak selesa pada bahagian sendi tersebut.

5. Mengalami Sembelit

  • Ketika tubuh badan mengalami kekurangan air, usus besar merupakan salah satu organ utama yang akan menyerap air ketika proses pembuangan berlaku. Disebabkan kekurangan air, kotoran yang akan dibuang bergerak perlahan seterusnya menyebabkan terjadinya sembelit.

6. Kolestrol Tinggi

  • Tubuh badan juga akan menghasilkan lebih banyak kolestrol ketika mengalami dehidrasi. Ini bertujuan bagi menghalang daripada hilangnya air daripada sel-sel tubuh badan.

7. Tekanan Darah Tinggi

  • Darah seseorang secara normalnya terdiri daripada sekitar 92% cecair ketika tubuh badan kita terhidrasi sepenuhnya. Pada ketika tubuh badan mengalami dehidrasi pula, darah seseorang itu akan menjadi likat serta seterusnya berupaya menyebabkan terjadinya penyumbatan aliran darah dan kesannya seseorang itu akan mengalami tekanan darah yang semakin meningkat.

8. Gangguan Pencernaan

  • Kekurangan air dan mineral alkali seperti kalsium dan magnesium merupakan penyebab utama kepada gangguan pencernaan seperti  ulser, gastrik dan asid gastrik.

 

Oleh kerana, dehidrasi dapat terjadi tanpa kita sedari, jadi kita hendaklah sentiasa memantau kadar pengambilan air kita. Ini bertujuan supaya tubuh badan kita mempunyai air yang mencukupi sehingga tidak mengalami kesan-kesan yang berbahaya akibat daripada dehidrasi. Air sememangnya penting, hinggakan manusia mampu untuk bertahan hidup selama 8 minggu tanpa makanan. Akan tetapi, tanpa air, manusia hanya mampu bertahan selama 3-4 hari sahaja!.

Sebanyak 60% berat badan manusia berasal daripada berat air di dalamnya. Ini kerana, air berfungsi sebagai sistem transportasi di dalam tubuh badan kita. Transportasi utama di dalam tubuh badan kita adalah darah, yang mana 90% terdiri daripada air. Bermacam-macam peranan air di dalam tubuh badan kita. Salah satunya adalah bagi mengangkut sisa badan seperti urea dan garam yang berlebihan bagi dikeluarkan dalam bentuk air kencing.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

line-lucu-SMS-Lucu-Pakai-Stiker-LINE-Dari-XL

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>