Penyakit Malaria

oie_GFzMk088jb1N

Salam jumaat pada semua yang membaca. Tajuk yang akan dikongsikan oleh tcm hari ini ialah berkenaan dengan penyakit malaria. Malaria merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh parasit. Parasit tersebut dikenali sebagai plasmodium yang mana ianya disebarkan melalui gigitan nyamuk yang sudahpun dijangkiti parasit ini. Dengan hanya sekali gigitan nyamuk sahaja, seseorang itu dapat dijangkiti penyakit malaria.

 

Parasit Plasmodium

Berikut merupakan sedikit info mengenai parasit yang menyebabkan penyakit ini berlaku. Parasit plasmodium hanya disebarkan oleh nyamuk Anopheles betina. Setelah disebarkan, parasit ini akan menyerang sel-sel darah merah seseorang itu. Terdapat empat jenis plasmodium yang dapat menjangkiti manusia. Antaranya ialah :

  • Plasmodium Vivax
  • Plasmodium Malariae
  • Plasmodium Ovale
  • Plasmodium Falciparum

Diantara keempat-empat jenis diatas, plasmodium falciparum adalah yang paling berbahaya sekali. Ini kerana, sekiranya seseorang itu diserang parasit plamodium jenis ini, ianya dapat mengancam nyawa seseorang itu.

 

Antara Gejala-Gejala Malaria

  • Mengalami demam pada suhu tinggi
  • Menggigil
  • Merasa sakit kepala
  • Sering pening
  • Mual dan muntah
  • Mengalami diarrhea
  • Berpeluh secara berlebihan
  • Sering merasa gelisah
  • Mengalami kekejangan

 

Kesan Buruk Malaria

Terdapat pelbagai kesan buruk yang dapat disebabkan oleh malaria terutama sekali terhadap wanita hamil, bayi, kanak-kanak yang masih kecil dan juga orang tua. Malaria mampu membuatkan sistem ketahanan tubuh badan seseorang itu menurun dengan secara drastik dalam tempoh masa yang sangat singkat.

Perkara ini secara tak langsung membuatkan mereka terdedah kepada pelbagai lagi penyakit berbahaya. Antara kesan-kesan buruk yang dapat disebabkan oleh malaria adalah seperti dehidrasi, mengalami anaemia yang teruk, serta mengalami kegagalan pada organ tubuh badan.

 

Langkah-langkah Pencegahan

Antara langkah pencegahan utama yang boleh kita amalkan ialah dengan mencegah penyebaran nyamuk itu sendiri. Seperti yang telah kita baca diatas, nyamuk merupakan medium utama di dalam penyebaran malaria. Langkah pencegahan nyamuk itu termasuklah seperti buang air bertakung yang dapat menjadi tempat pembiakan nyamuk terutamanya di sekitar rumah.

Di dalam mencegah penyebaran nyamuk, kita juga disarankan menggunakan krim anti nyamuk bagi mengurangkan risiko terkena gigitan nyamuk.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan :

http://gejalapenyakitmu.blogspot.com/2013/06/gejala-malaria-penyebab-pencegahan-pengobatan-penyakit.html

http://www.alodokter.com/malaria/

http://penyakitmalaria.org/

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>