Tips Kesihatan : 5 Kebaikan Makan Kuaci

oie_zt1rkw0decqo

Artikel kesihatan yang akan dikongsikan pada hari ini adalah mengenai dengan kebaikan yang dapat kita semua perolehi dengan memakan kuaci. Tcm pasti, sebut saja kuaci, mesti ramai dah tahu dan kenal bukan dengan makanan ini? Tahukah anda, kuaci sebenarnya berasal daripada biji tanaman bunga matahari? Yup, tanaman ini pada mulanya berasal daripada Mexico dan Peru.

Akan tetapi, sejak daripada tahun 1700 lagi tanaman ini sudah mula tersebar pada banyak negara. Ia seterusnya ditanam secara besar-besaran di negara-negara seperti Jerman, Perancis, Romania, Bulgaria, Russia, Hungary dan Amerika Syarikat.

 

Walaupun mempunyai saiz yang kecil, kuaci mengandungi pelbagai nutrien yang sangat bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan kita. Ia merupakan sumber lemak sihat hampir 90%. Selain itu, kuaci juga mengandungi vitamin, antioksidan, mineral, protein dan fitokimia. Kuaci mengandungi lemak tidak tepu.

Ramai pakar kesihatan yang berpendapat adalah lebih baik untuk seseorang makan makanan yang mengandungi sumber lemak tidak tepu, berbanding makanan rendah lemak. Ini kerana, makanan yang mengandungi sumber lemak tidak tepu bukan hanya dapat menurunkan kadar LDL (kolestrol jahat), ianya juga mampu meningkatkan kadar HDL (kolestrol baik).

 

Lima Kebaikan Kuaci

1. Mengandungi Vitamin E :

Kuaci mengandungi banyak khasiat vitamin E.  Antara kebaikan yang dapat kita perolehi daripada vitamin E ialah seperti antioksidan, anti radang, menurunkan risiko penyakit kardiovaskular (jantung), dan menurunkan terjadinya risiko plak pada pembuluh darah.

 

2. Mengandungi Magnesium :

Magnesium dapat membantu kita di dalam menurunkan tekanan darah tinggi, mencegah daripada berlakunya asma serta mencegah daripada terjadinya gangguan migraine.

 

3. Mengandungi Kalsium :

Terdapat sekitar 54 hingga 116 mg kalsium di dalam setiap 100 gram kuaci. Antara kelebihan yang dapat kita perolehi daripada kalsium ialah kalsium dapat membantu pertumbuhan tulang dan gigi kita agar dapat menjadi lebih sihat dan kuat.

 

4. Membantu Pembentukan Sel :

Kuaci juga bagus untuk dimakan oleh wanita yang sedang hamil. Ini kerana ia kaya dengan kandungan folat yang dapat membantu proses pembentukan sel-sel tubuh yang baru serta menyuburkan sel otak. Walaupun begitu, pastikan anda mendapat nasihat daripada doktor dulu yea.

 

5. Mengandungi Kalium :

Kuaci mengandungi banyak kalium. Terdapat sekitar 648 hingga 689 mg kalium di dalam 100 gram kuaci. Antara kebaikan kalium ialah ianya dapat mengimbangi kandungan natrium yang terdapat di dalam tubuh badan kita. Selain itu, kalium juga mampu menurunkan tekanan darah.

 

Berikut di atas dikongsikan beberapa kebaikan yang dapat kita semua perolehi dengan memakan kuaci. Terdapat banyak lagi khasiat atau kelebihan-kelebihan lain yang tidak tcm senaraikan di sini. Bagi yang gemar makan kuaci tu, mesti anda terkejut kan setelah tengok banyak sebenarnya kebaikan buat kesihatan kita yang dapat diperolehi dengan memakan kuaci.

Bagi yang belum pernah makan kuaci, anda masih belum terlambat, segeralah lawati kedai-kedai runcit berdekatan rumah anda dan belilah sebungkus kuaci untuk dicuba. ;)

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://www.familisihat.com/manfaat-makan-kuaci/

http://manfaat.co.id/manfaat-kuaci

https://www.google.com/#q=kebaikan+kuaci

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>