Penyakit Meniere

stressed woman covering her ears looking up

Apa khabar semua, tcm doakan semoga semuanya sihat sentiasa. Kesihatan adalah suatu yang sangat berharga, sejak dulu hingga kini pelbagai penyakit telah dikenal pasti. Daripada yang tidak berbahaya sehinggalah yang mampu mengancam nyawa. Jadi, sangatlah penting untuk kita sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan kita di dalam mengetahui pelbagai maklumat penting mengenai penyakit dan penjagaan kesihatan diri.

Ok, jom kita teruskan dengan artikel kita pada hari ini. Artikel kesihatan pada hari ini adalah berkenaan dengan sejenis penyakit yang dikenali sebagai “Penyakit Meniere”.

 

Apa itu Meniere?

Penyakit meniere adalah sejenis gangguan yang terjadi pada bahagian dalam telinga seseorang itu sehingga membuatkan penderitanya mengalami vertigo. Vertigo adalah suatu keadaan di mana anda akan merasa pening seolah-olah keadaan persekitaran anda berpusing-pusing meskipun realitinya anda tidak berpusing atau bergerak sedikit pun.

Keadaan ini kebiasaannya hanya dialami pada sebelah telinga sahaja. Sesetengah penderita akan mengalami dengungan di dalam telinga malah ada di antara mereka yang berpotensi untuk mengalami kehilangan pendengaran secara kekal.

 

Gejala-Gejala Penyakit Meniere

  • Mengalami gangguan pendengaran yang berubah-ubah
  • Mengalami kesukaran bagi mengendalikan mata
  • Telinga yang mengalami masalah ini akan berdengung (tinnitus)
  • Mengalami sakit kepala
  • Mengalami perasaan penuh atau tekanan di telinga (aural fullness)

 

Faktor Penyebab Meniere

Penyakit ini sebenarnya terjadi apabila tekanan cairan pada bahagian dalam telinga menjadi terlalu tinggi. Walaupun penyebab utama bagi penyakit meniere masih lagi belum dapat dikenalpasti, pakar perubatan telah dapat mengenalpasti beberapa faktor yang berhubung kait dengan penyakit ini.

Antaranya seperti kecederaan pada kepala, pengambilan alkohol, sejarah ahli keluarga yang pernah menghidapinya, tabiat merokok serta jangkitan yang terjadi pada bahagian dalam atau tengah telinga.

 

Komplikasi Penyakit Meniere

  • Berpotensi mengalami kehilangan pendengaran kekal
  • Berpotensi mengalami kemalangan ketika memandu kereta
  • Sering tertekan atau merasa cemas di dalam menanggani penyakit
  • Sering terjatuh disebabkan merasa tidak seimbang

 

Setiap orang berpotensi mengalami penyakit meniere. Walaupun begitu, penyakit meniere lebih banyak terjadi pada mereka yang berusia di dalam lingkungan 20-50 tahun. Disamping itu, terdapat juga faktor-faktor yang mampu meningkatkan risiko seseorang itu mengalami penyakit ini. Antaranya seperti alergi, jangkitan virus, genetik, migrain serta kecederaan pada bahagian kepala.

 

Langkah Mengatasi Penyakit Meniere

  • Lakukan pemeriksaan dan dapatkan nasihat daripada doktor
  • Kurangkan pengambilan kafein, garam serta alkohol
  • Hindari tabiat merokok serta elakkan diri dari terdedah kepada asap rokok
  • Melakukan senaman dengan teratur
  • Berehat pada tempat tidur sekiranya mengalami pening atau mual

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://www.dokterdigital.com/id/penyakit/207_meniere.html

https://hellosehat.com/benh/penyakit-meniere/

http://www.alodokter.com/komunitas/topic/penyakit-meniere/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>