Gangguan Saraf (Neuropati)

oie_ja7regurpsz8

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini tcm nak kongsikan pula dengan anda semua mengenai sejenis masalah gangguan saraf yang dikenali sebagai neuropati. Gangguan saraf tidak boleh dipandang remeh kerana sekiranya dibiarkan ia mampu menjadi lebih teruk. Lebih membimbangkan lagi apabila neuropati dapat terjadi pada sesiapa sahaja.

Neuropati sering sekali ditemui dialami oleh mereka yang telah berusia 40 tahun dan ke atas. Walaupun begitu, mereka yang masih muda juga hendaklah berwaspada terhadap neuropati ini. Ini kerana, selain daripada mereka yang telah berusia, neuropati juga dapat terjadi disebabkan oleh faktor-faktor lain. Sebelum tu, jom kita tengok dulu gejala-gejala yang dialami oleh pesakit neuropati.

 

Gejala-Gejala Neuropati

  • Mengalami kesemutan dan otot terasa kaku
  • Tidak mampu mengawal pundi kencing
  • Kulit menjadi terlalu sensitif
  • Mengalami keguguran rambut pada kawasan tertentu
  • Atrofi otot (otot mengecil)
  • Anggota badan menjadi lemah

 

Faktor Penyebab Neuropati

Terdapat banyak faktor yang dapat menyebabkan seseorang itu mengalami neuropati. Penyebab pertama adalah disebabkan oleh kecederaan yang dialami. Ia merupakan penyebab umum yang paling sering dialami oleh pesakit neuropati. Penyebab kedua pula ialah disebabkan oleh diabetes. Sekiranya seseorang itu mengalami neuropati yang disebabkan oleh diabetes, ianya dikenali sebagai neuropati diabetes.

Penyebab yang ketiga ialah disebabkan oleh jangkitan yang dialami. Contohnya seperti jangkitan virus, HIV/AIDS, penyakit lyme dan sifilis.

 

Selain daripada tiga faktor penyebab ini, terdapat lagi beberapa faktor penyebab lain yang dapat membuatkan seseorang itu mengalami neuropati. Antaranya ialah seperti :

  • Penyakit keturunan
  • Uremia
  • Iskemia
  • Kekurangan vitamin
  • Tumor
  • Kesan sampingan ubat-ubatan
  • Minum minuman yang beralkohol
  • Terdedah kepada racun

 

Langkah Pencegahan Neuropati

Untuk menanggani neuropati, seseorang itu hendaklah mengenalpasti terlebih dahulu apakah penyebab utama yang membuatkan seseorang itu mengalami neuropati. Contohnya, neuropati diabetes dapat ditanggani dengan memantau kadar gula di dalam darah supaya tidak melebihi paras normal. Disebabkan neuropati sering terjadi pada saraf kaki, berikut dikongsikan beberapa tips :

  • Elakkan daripada memakai kasut atau selipar yang tidak sesuai ukurannya
  • Potong kuku apabila kuku sudah panjang
  • Lakukan urutan pada kaki bagi melancarkan aliran darah
  • Berhenti atau cegah daripada merokok
  • Cuci kaki dengan menggunakan air suam dan lap sehingga kering terutamanya antara jari kaki

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://health.detik.com/read/2013/11/28/190054/2426849/763/neuropati-bisa-dicegah-tapi-kenali-gejalanya-dulu

http://www.alodokter.com/neuropati

http://www.readersdigest.co.id/info-medis/sekelumit+tentang+neuropati+atau+gangguan+saraf

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>