Penyakit Sleep Apnea

oie_SADsCgSk4LE4

Hai semua, artikel yang tcm akan kongsikan dengan anda semua pada hari ini adalah mengenai sejenis penyakit yang dikenali sebagai sleep apnea. Sleep apnea adalah sejenis gangguan tidur yang dapat dialami oleh seseorang itu. Ia merupakan sejenis gangguan tidur yang sangat serius kerana melibatkan saluran pernafasan. Ketika tidur, gangguan ini dapat berlaku apabila saluran udara terhalang disebabkan dinding kerongkong yang mengendur dan menyempit.

Kesan daripada gangguan ini, organ tubuh badan individu tersebut terutamanya otak mungkin tidak akan dapat bekalan oksigen yang mencukupi. Bahaya kan.

 

Dua Jenis Sleep Apnea

1. Sleep Apnea Obstruktif

Ini merupakan jenis yang umum dan berlaku disebabkan oleh penyumbatan pada saluran pernafasan.

2. Sleep Apnea Pusat

Tidak disebabkan oleh penyumbatan saluran pernafasan, akan tetapi disebabkan oleh pusat kawalan pernafasan yang tidak stabil. Kesan daripada keadaan tesebut, otak gagal memberikan isyarat untuk otot bernafas.

 

Gejala-Gejala Sleep Apnea

  • Kuat berdengkur
  • Sering mengalami nafas tersekat-sekat
  • Sukar tidur nyenyak (insomnia)
  • Mulut kering ketika bangun pagi
  • Pening pada waktu pagi
  • Mengantuk di pagi hari
  • Peluh berlebihan di waktu malam
  • Sering terjaga tengah malam untuk buang air kecil
  • Mudah marah
  • Sering tertekan
  • Penurunan keinginan seksual atau disfungsi ereksi pada lelaki

 

Golongan Yang Berisiko

Sleep apnea merupakan sesuatu yang umum dan sangat sering terjadi. Ia biasanya lebih sering terjadi kepada lelaki berbanding wanita dengan nisbah 2:1 atau 3:1. Sleep apnea turut dapat dialami oleh sebarang peringkat umur. Akan tetapi, orang dewasa umur pertengahan mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding mereka di peringkat umur yang lain.

 

Faktor Risiko Sleep Apnea

  • Lebih sering terjadi pada lelaki
  • Memiliki leher yang besar
  • Masalah berat badan (obesiti)
  • Mengamalkan pengambilan ubat penenang
  • Berusia 40 tahun dan ke atas
  • Kelainan struktur leher bahagian dalam. Contohnya seoerti amandel yang besar, saluran pernafasan kecil, rahang bawah kecil dan adenoid yang besar
  • Hidung tersumbat
  • Mempunyai ahli keluarga dengan masalah sleep apnea
  • Perokok
  • Minum minuman beralkohol
  • Wanita yang menopause
  • Pesakit masalah gangguan jantung dan stroke

 

Kesan Sleep Apnea

1. Tekanan darah tinggi : Kesan ini tidak menunjukkan sebarang gejala yang khusus. Akan tetapi, dapat meningkatkan risiko penderita untuk mengalami serangan jantung dan stroke.

2. Diabetes type-2 : Penderita lebih berisiko mengalami penolakan insulin sehingga menderita diabetes type-2.

3. Gangguan hati : Hasil ujian fungsi sehari-hari menunjukkan keadaan yang tidak normal pada pesakit sleep apnea.

4. Sindrom metabolik : Kesan ini dicetuskan oleh faktor risiko yang berkaitan dengan penyakit jantung, kadar kolesterol tidak normal, kadar gula yang tinggi serta tekanan darah tinggi.

5. Kemalangan : Dapat mengalami kemalangan ketika melakukan aktiviti di siang hari kerana mengantuk.

 

Tips Mengatasi Sleep Apnea

Tips yang dikongsikan di bawah hanya buat mereka yang mereka yang mengalami masalah sleep apnea ringan sahaja. Sekiranya keadaan anda serius, anda sangat disarankan untuk segera berjumpa dengan doktor. Antara tips tersebut ialah :

  • Mengelakkan dari mengambil sebarang ubat-ubatan penenang dan ubat tidur
  • Mengawal berat badan agar sihat dan dapat mencegah masalah obesiti
  • Elak dari tidur secara terlentang. Cuba tidur dengan keadaan mengiring ke kanan
  • Berhenti merokok serta jauhkan diri dari terdedah kepada asap rokok
  • Elakkan dari pengambilan sebarang minuman keras (beralkohol) terutamanya sebelum tidur

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=penyakit+sleep+apnea

http://www.alodokter.com/sleep-apnea

https://hellosehat.com/penyakit/sleep-apnea/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>