Tips Kesihatan : Risiko Mee Segera

oie_ZjVG4Ai8G9yn

Salam selasa semuanya, apa khabar? Hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan sejenis makanan yang sangat digemari ramai. Disamping penyediaannya yang mudah sekali, rasanya juga sangat enak. Walaupun begitu, tahu tak anda, pengambilan mee segera yang terlalu banyak dapat mengancam tahap kesihatan kita?

Ya, walaupun memiliki rasa yang enak untuk dimakan, mee segera sebenarnya mampu mendatangkan keburukan kepada kita sekiranya kita memakannya secara berlebihan. Tidak salah untuk kita makan mee segera, akan tetapi kita hendaklah memastikan yang kita tidak memakannya secara berlebihan. Bagi yang masih belum tahu akan hal ini, jom tcm nak kongsikan di bawah.

 

Tapi.. Kenapa?

Bagi penggemar mee segera, tcm pasti ini adalah pertanyaan pertama yang diajukan mereka setelah membaca petikan di atas. Bagi menjawab pertanyaan tersebut, ia adalah kerana mee segera sebenarnya mengandungi pelbagai kandungan dan bahan-bahan yang kurang baik dan boleh membahayakan kesihatan kita sekiranya diambil di dalam kuantiti yang banyak.

 

Kandungan Mee Segera

Mee segera mengandungi kandungan MSG, garam dan lemak yang tinggi sehingga dapat memudaratkan kesihatan seseorang itu. Berikut antara beberapa kandungan lain yang berbahaya yang terdapat di dalam mee segera :

  • Propylene Glycol : Pelarut sintetik yang boleh dianggap sebagai racun neurologi. Kesan pengambilan bahan ini secara berlebihan dapat menyebabkan kerosakan buah pinggang.
  • BHT : Merupakan sejenis bahan yang dapat memberi risiko karsinogen dan mendatangkan bahaya kepada organ ginjal kita.
  • Wax : Bahan yang memerlukan sekurang-kurangnya tiga hari untuk dicerna sepenuhnya oleh perut kita.
  • Propyl Gallate : Xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Kesan sampingan daripada bahan ini pula mampu mendatangkan kesan buruk kepada pembiakan, pengeluaran sperma dan juga janin.

 

Risiko Pengambilan Mee Segera Secara Berlebihan

naruto

  1. Mengalami risiko untuk menghidapi kanser kerana mee segera mengandungi bahan yang dapat menjadi punca kepada penyakit kanser iaitu “Styrofoam”.
  2. Menghalang penyerapan nutrien terutamanya pada kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke bawah.
  3. Mengundang masalah berat badan berlebihan (obesiti) kerana mee segera mengandungi jumlah lemak dan natrium yang tinggi.
  4. Meningkatkan risiko mengalami keguguran bagi ibu yang mengandung. Ianya disebabkan kandungan mee segera yang mampu memberi kesan kepada tumbesaran janin.
  5. Menjejaskan metabolisme badan disebabkan bahan-bahan kimia dan pengawet yang terdapat di dalam mee segera.
  6. Mengganggu sistem penghadaman seseorang itu sehingga menjadi tidak teratur dan bermasalah.

 

Mungkin dah ada yang takut nak makan mee segera bukan, sememangnya kita perlu takut akan kesan-kesan bahaya yang dapat disebabkan oleh mee segera. Walaupun begitu, tidak salah untuk kita memakannya sekali sekala. Berikut terdapat beberapa tips bagi mengurangkan risiko lilin yang terdapat di dalam mee segera anda.

 

Tips Mengurangkan Risiko Lilin(wax) Mee Segera

Pertama sekali, masak mee segera terlebih dahulu di dalam periuk. Seterusnya apabila sudah masak, toskan air bagi membuang kandungan lilin. Setelah itu, bilas mee segera anda dengan air biasa bagi memastikan lilin betul-betul hilang. Akhir sekali, masukkan maggi tersebut ke dalam bekas yang telah berisi air panas dan masukkan bahan perasa yang disediakan.

Setelah itu, mee segera anda siap untuk dimakan. :) Tapi ingat, elakkan daripada memakan secara berlebihan, kesihatan anda terlalu berharga untuk diabaikan.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://hafizamri.com/10-sebab-harus-kurangkan-makan-mee-segera/

http://kakipromo.com/bahaya-mee-segera-dan-kesan-kepada-badan-kita/

http://fitrihadi.com/2013/04/tips-cara-buang-lilin-wax-mi-maggi-segera/

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>