Pelajari 7 Langkah Bantuan Pernafasan (CPR)

oie_AAeXRWUnH6dk

Apa khabar semua? Hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan teknik bantuan pernafasan yang dikenali sebagai “CPR”. CPR atau “cardiopulmonary resuscitation” merupakan gabungan khidmat pertolongan cemas pernafasan dari mulut ke mulut dan tekanan dada. Bantuan pertolongan cemas CPR digunakan bagi membantu seseorang yang terhenti pernafasannya.

Degupan jantung yang terhenti dapat mempengaruhi peredaran darah yang mengandungi oksigen ke otak dan organ-organ penting lainnya. Teknik CPR bertujuan supaya dapat membantu darah yang mengandungi oksigen tersebut dapat mengalir semula seperti biasa apabila degupan jantung yang terhenti dapat berdegup semula. Jadi macam mana, penting kan CPR?

 

Mungkin ada yang tertanya-tanya, perlu ke saya belajar CPR? Jawapan tcm, sudah semestinya. CPR tidak hanya perlu dipelajari oleh doktor atau mereka yang berada di dalam bidang perubatan sahaja. Kita sebagai orang awam juga perlu mengetahui teknik-teknik CPR yang betul kerana ianya mungkin dapat membantu kita di dalam menyelamatkan nyawa seseorang yang memerlukan.

Berikut merupakan beberapa langkah-langkah CPR yang ingin tcm kongsikan supaya anda dapat memberikan bantuan pernafasan (CPR) dengan cara yang betul. Jom kita tengok :

 

Langkah-Langkah Bantuan Pernafasan (CPR)

Langkah Pertama :

Periksa keadaan mangsa tersebut dan lihat tindak balasnya. Sekiranya tiada tindak balas yang diberikan serta anda mendapati pernafasannya terhenti. Segeralah hubungi unit kecemasan (999).

Langkah Kedua :

Dongakkan kepala mangsa dengan menolak dagunya ke atas.

Langkah Ketiga :

Letakkan telinga anda pada mulut mangsa. Ini bertujuan supaya anda dapat memeriksa sekiranya mangsa bernafas ataupun tidak. Sekiranya tiada, berikan bantuan pernafasan sebanyak dua kali. (keluarkan sebarang benda asing daripada mulut mangsa sekiranya ada)

Langkah Keempat :

Buka mulut mangsa dan kemudian picit hidungnya dengan jari anda. Hembus nafas melalui mulut anda ke mulut mangsa sehingga anda dapat melihat pergerakan pada dadanya. Berikan bantuan pernafasan dua kali (setiap hembusan selama dua saat).

Langkah Kelima :

Sekiranya mangsa masih lagi belum bernafas, batuk ataupun bergerak, tekan dadanya dengan kedua-dua belah tangan anda. Tindihkan tangan kanan di atas tangan kiri anda dan tekan dada mangsa sebanyak 15 kali. Dua kali hembusan disertai dengan 15 kali tekanan pada dada, dikira sebagai satu pusingan. Lakukan sebanyak dua pusingan.

* Pastikan kedudukan yang ingin ditekan adalah betul, iaitu dua sentimeter daripada ulu hati (hujung tulang dada dan diantara buah dada). Pastikan tangan anda lurus dan beri tekanan daripada tangan sahaja dan bukannya badan. Tekanan perlu dibuat dengan cepat iaitu pada kadar 100 tekanan/minit. Ini bermaksud lebih cepat daripada satu tekanan sesaat.

Langkah Keenam :

Ulang bantuan pernafasan dan tekanan pada dada sebanyak empat pusingan ataupun sehingga bantuan datang.

Langkah Ketujuh :

Sekiranya mangsa bernafas, alihkan badan mangsa supaya mengiring bagi membolehkan mangsa untuk bernafas dengan lebih baik.

 

Sebagai orang awam yang tidak mempunyai sebarang latar belakang di dalam bidang perubatan, adalah biasa untuk kita merasa takut di dalam memberikan bantuan seperti ini pada seseorang. Akan tetapi, kita juga hendaklah tahu, langkah berani kita di dalam bertindak memberikan bantuan awal pernafasan pada mangsa mungkin dapat menyelamatkan nyawanya.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://myadha.blogspot.my/2009/02/cara-melakukan-pertolongan-cemas-cpr.html

http://www.alodokter.com/pelajari-CPR-untuk-selamatkan-nyawa-seseorang

http://www.panduanmalaysia.com/2014/10/cara-buat-cpr-bantuan-pernafasan.html

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>