Penyakit Salur Darah Pulmonari

oie_0aXhgyFcO3xI

Salam sabtu semua, tajuk kita pada hari ini adalah berkenaan dengan sejenis penyakit yang dikenali sebagai penyakit salur darah pulmonari atau juga dikenali pulmonary vascular disease. Penyakit ini merupakan satu kumpulan penyakit yang melibatkan gangguan kepada peredaran darah di dalam paru-paru. Nak tahu apa yang dapat menyebabkan penyakit ini berlaku? Jom baca di bawah.

 

Faktor Penyebab Penyakit Salur Darah Pulmonari

1. Salur darah paru-paru tersumbat (Pulmonary embolism)

Ia terjadi apabila aliran darah yang melalui arteri tersekat disebabkan oleh faktor seperti gumpalan darah beku kecil yang beredar dari tempat lain ke salur darah paru-paru. Penting untuk kita tahu, sekiranya salur darah paru-paru yang besar yang tersumbat, ia boleh menyebabkan kematian mengejut.

Selain gumpalan darah beku, faktor lain seperti gumpalan lemak daripada tulang panjang patah,cecair amnion semasa atau selepas bersalin dan gelembung udara yang besar juga dapat menyebabkan keadaan yang sama meskipun faktor-faktor tersebut lebih jarang berlaku.

2. Hipertensi pulmonari (Pulmonary hypertension)

Ia adalah suatu keadaan di mana arteri paru-paru seseorang itu mempunyai tekanan darah yang tinggi. Ia seterusnya memberi kesan kepada arteri di dalam paru-paru dan bahagian kanan jantung. Hipertensi pulmonari bermula apabila salur darah arteri dan kapilari menjadi kecil, tersekat atau musnah dan membuatkan darah sukar mengalir ke paru-paru.

Hipertensi pulmonari boleh berpunca daripada penyakit jantung, paru-paru, penyakit kronik thromboembolik dan lain-lain.

3. Paru-paru basah (Pulmonary Edema)

Paru-paru basah adalah suatu keadaan di mana terdapat kebocoran cecair dari kapilari paru-paru ke dalam alveoli (atau ruang udara). Ia biasanya berpunca daripada kegagalan jantung yang menyebabkan peningkatan pada tekanan darah vena yang merentasi paru-paru.

Apabila tekanan dalam saluran darah meningkat, cecair ditolak ke dalam paru-paru menyebabkan pesakit mengalami sesak nafas. Selain daripada kebocoran cecair, paru-paru basah juga dapat berpunca daripada kegagalan buah pinggang dan hati yang kronik, senaman pada ketinggian yang sangat tinggi, kesan sampingan ubat-ubatan dan sebagainya.

4. Paru-paru berdarah (Pulmonary Haemorrhage)

Pulmonari berdarah pula disebabkan oleh keradangan dan kerosakan kepada kapilari dalam paru-paru sehingga menyebabkan darah mengalir ke dalam alveoli. Darah dapat mengalir secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang atau ia boleh berlaku secara tiba-tiba dan cepat. Keadaan ini sangat berbahaya sekali.

Ia dapat terjadi pada sebahagian daripada paru-paru yang dikenali sebagai pendarahan setempat (focal pulmonary haemorrhage) atau pada keseluruhan paru-paru (diffuse pulmonary haemorrhage) dan seterusnya menyebabkan berlakunya batuk berdarah.

 

Gejala-Gejala Penyakit Salur Darah Pulmonari

  • Sukar untuk bernafas
  • Sakit pada bahagian dada
  • Pengsan atau tidak sedar diri
  • Denyutan nadi menjadi pantas
  • Batuk berdarah
  • Terjaga di tengah malam disebabkan batuk
  • Bengkak pada kaki dan buku lali

 

Komplikasi Penyakit Salur Darah Pulmonari

  • Jantung kanan menjadi lemah
  • Degupan jantung yang tidak teratur
  • Darah beku
  • Mengalami pendarahan di dalam paru-paru

 

Rawatan Mengikut Diagnosis

1. Salur darah paru-paru tersumbat (Pulmonary embolism)

Ia dapat dirawat dengan menggunakan pencair darah (pencegahan pengumpalan darah). Semasa rawatan akut ubat-ubatan yang sering digunakan adalah streptokinase, heparin, low molcular weight heparin atau faktor X inhibitor. Untuk rawatan jangka panjang, pesakit memerlukan rawatan warfarin selama 6 bulan atau lebih.

2. Hipertensi pulmonari (Pulmonary hypertension)

Antara rawatan asas bagi keadaan ini adalah seperti terapi oksigen dalam kes-kes hypoxaemia (kurang oksigen), antikoagulan seperti warfarin, digoxin dan diuretik. Beberapa ubat-ubatan yang boleh menurunkan tekanan darah dalam arteri pulmonari adalah seperti bosentan, ambresentan, sildenafil, epoprostenol.

Akan tetapi, ubat tersebut hanya terbukti berkesan merawat hipertensi arteri pulmonari idiopathic sahaja.

3. Paru-paru basah (Pulmonary Edema)

Perlu sentiasa mengawal kuantiti air yang diminum setiap hari. Antara rawatan lain seperti :

  • Diuretik : furosemide dan spironolactone
  • Penukar angiotensin enzim (ACE) inhibitors: perindopril, enalapril, ramipril.
  • Beta-blockers: metoprolol dan carvedilol
  • Vasodilators yang mengurangkan tekanan darah: amlodipine, hydralazine dan dinitrate mononitrate

4. Paru-paru berdarah (Pulmonary Haemorrhage)

Rawatan bagi keadaan ini bergantung kepada kuantiti darah yang keluar dan punca paru-paru berdarah tersebut. Pertama, menghentikan pendarahan. Kedua memastikan pesakit tidak menyedut semula darah ke dalam paru-paru. Ketiga merawat punca penyakit yang menyebabkan batuk berdarah.

 

Pencegahan Penyakit Salur Darah Pulmonari

  1. Berhenti daripada merokok
  2. Mengamalkan diet seimbang
  3. Bersenam

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=penyakit+salur+darah+pulmonari

http://www.myhealth.gov.my/penyakit-salur-darah-pulmonari/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>