Tips Kesihatan : 5 Cara Kempiskan Perut

oie_6qZMANs4DFvV

Ha, kali ni tcm nak kongsikan satu masalah yang paling sering sekali dihadapi oleh rakyat Malaysia. Tahu tak, negara kita Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai masalah rakyat yang paling obes. Tcm tak nafikan, pelbagai jenis makanan dan hidangan yang istimewa merupakan salah satu keunikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum.

Namun perkara ini tak sepatutnya membuatkan kita menjadi kurang sihat kerana mencuba pelbagai jenis hidangan makanan hingga lupa untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Kali ini tcm nak fokuskan pada satu masalah yang akan kita alami sekiranya kita tidak mengamalkan diet seimbang iaitu masalah perut buncit.

 

Bagi mereka yang mengalami masalah ini, pasti tercari-cari bagaimana untuk hilangkan perut buncit ini kan? Dalam post kali ini, tcm nak kongsikan 5 cara atau tips bagaimana kita dapat kempiskan perut yang buncit.

 

1. Minum Air Limau

Cara ini merupakan kaedah untuk kempiskan perut buncit secara semula jadi. Caranya adalah dengan minum air limau setiap kali anda bangun pagi dan juga selepas makan. Ia sebenarnya bertujuan untuk menyahtoksik hati anda kerana hati yang tidak cekap akan menyebabkan lebihan lemak terbentuk di pinggan anda.

Air limau tersebut akan membantu untuk meningkatkan enzim yang menyahtoksik hati anda supaya ia dapat berfungsi dengan elok.

 

2. Minum Teh Halia

Halia biasanya diambil untuk membuang angin di dalam badan. Akan tetapi, ia sebenarnya juga berkesan untuk membantu pencernaan semulajadi badan dan merupakan ejen termogenik. Dengan cara meminum teh halia, ia dapat meningkatkan suhu badan kita dan seterusnya membakar lemak kita dengan lebih efisyen terutamanya di bahagian perut.

Selain itu, halia juga dikatakan menyekat pengeluaran hormon kortisol yang diperlukan untuk menyelaraskan tenaga di dalam badan.

 

3. Makan Ikan Salmon

Cara ketiga adalah mengamalkan diet yang mengandungi ikan salmon sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Ikan salmon yang kaya akan Omega-3 dapat membantu memecahkan lemak dan terbukti di dalam mengurangkan penyimpanan lemak di perut anda.

Bagi mereka yang tidak makan ikan pula, jangan risau kerana anda dapat menggantikan ikan tersebut dengan minyak ikan sebagai ganti Omega-3 tersebut. Nota tambahan, harga ikan salmon memang agak mahal, sekiranya anda ingin jimat, anda juga dapat makan ikan yang lain.

 

4. Kurangkan Pengambilan Gula

Lazimnya, ramai yang suka menambahkan gula di dalam minuman mereka. Sekiranya tidak, kita sering minum minuman berkarbonat yang penuh dengan gula. Salah satu cara kempiskan perut secara semulajadi adalah dengan mengurangkan pengambilan gula di dalam minuman kita. Dengan mengurangkan pengambilan gula, penghasilan glucagon akan meningkat.

Glucagon merupakan sejenis hormon yang dapat mengempiskan perut.

 

5. Dapatkan Tidur Secukupnya 6-8 Jam Sehari

Tidur merupakan hal yang sering dipandang remeh oleh kita. Tidur sebenarnya merupakan faktor penting di dalam penjagaan kesihatan kita. Ini kerana, tubuh badan yang mendapat tidur yang mencukupi sebanyak 6-8 jam sehari dapat membolehkan tubuh badan mendapatkan rehat yang secukupnya bagi menggantikan sel-sel badan yang rosak atau lemah.

Selain itu, tidur yang cukup juga dapat memastikan sistem saraf, pengeluaran hormon dan metabolisme anda berada di tahap maksimum. Hal ini secara tak langsung dapat membuatkan anda lakukan aktiviti harian dengan lebih bertenaga.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=tips+kempiskan+perut

https://siraplimau.com/cara-kempiskan-perut-semulajadi-mudah/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>