Tips Kesihatan : Risiko Banyak Duduk

oie_d9cweLeDSZKw

Salam sejahtera buat semua. Hari ini tcm tidak akan kongsikan mengenai penyakit bersama anda semua. Akan tetapi, tajuk kita pada hari ini adalah lebih kepada kesan gaya hidup kita terhadap kesihatan serta risiko-risiko penyakit yang boleh kita alami. Setiap hari kita akan melakukan pelbagai perkara yang biasa kita lakukan seperti berjalan, berlari, baring ataupun duduk.

Aktiviti yang ingin kita tekankan disini ialah berkenaan dengan apa kesan keburukan duduk terlalu lama terhadap kesihatan kita? Duduk? Yes! Tahu tak, perbuatan duduk terlalu lama sebenarnya dapat mendatangkan pelbagai risiko yang berbahaya terhadap kesihatan kita? Antara golongan yang berisiko mengalaminya ialah mereka yang bekerja bahagian pejabat.

 

Antara Risiko-Risikonya

1. Tingkatkan Risiko Sakit Jantung

Kajian menunjukkan, perbuatan duduk secara berterusan selama lebih daripada enam jam dapat meningkatkan kadar peratusan mengalami sakit jantung sebanyak 65 peratus.

2. Meningkatkan Risiko Kanser

Kajian juga menunjukkan duduk lama secara terus menerus dapat mengundang kepada beberapa jenis kanser seperti kanser paru-paru, kanser rahim dan kanser usus besar.

3. Sakit Bahagian Leher

Bahagian leher akan terasa sakit kerana berlakunya peradangan pada bahagian sendi tulang belakang.

4. Mendatangkan Gangguan Fungsi Metabolik

Perbuatan duduk terlalu lama dapat mengganggu sistem metabolisme tubuh badan seseorang itu. Kesan daripada itu, akan terjadi penurunan kolesterol didalam tubuh badan sehingga mendatangkan pelbagai masalah kesihatan secara keseluruhannya.

5. Kecederaan Tulang Belakang

Apabila duduk terlalu lama, secara tidak langsung kita akan menyebabkan berlakunya tekanan yang tinggi pada bahagian pungung dan tulang belakang. Hal tersebut dapat menyebabkan otot dan sendi disekitarnya mendapat tekanan dan seterusnya mendatangkan kecederaan.

 

Tips Mengatasi Risiko Duduk Lama

1. Banyakkan minum air kosong

Selain membuatkan kita lebih kerap berdiri untuk pergi mengambil air, kita juga akan sering ke toilet.

2. Menggunakan tangga

Dengan menggunakan tangga, badan akan terasa lebih segar dan aktif. Oleh itu, selain daripada menggunakan lift setiap hari mungkin anda dapat mewujudkan gaya hidup yang lebih sihat dengan bergilir menggunakan tangga.

3. Berdiri 30 minit sekali

Amalkan untuk berdiri 30 minit sekali dengan melakukan beberapa senaman ringan bagi mencergaskan diri.

4. Banyakkan pergerakan

Sebagai contoh, sekiranya anda memerlukan sesuatu daripada rakan sekerja anda. Cubalah hampiri mereka dengan berjalan ketempat duduk mereka berbanding dengan hanya menghantar pesanan ringkas seperti sms ataupun whatsapp.

5. Meja yang fleksibel

Penggunaan meja yang fleksibel adalah bagus untuk digunakan kerana dapat melaraskan ketinggiannya mengikut keselesaan kita serta dapat diubah agar kita tidak berada di dalam posisi yang sama untuk jangka masa yang lama.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>