PETUA BADAN BERBAU BUSUK/MASAM
Korang mengalami masalah badan berbau?? Ketiak sentiasa basah dan berbau. Eeyakss… ni ada beberapa petua yang boleh diamalkan:-
1- Bersih dan tumbuk beberapa helai daun pandan hingga lumat, perah dan tapis jusnya. Gunakan jus pandan untuk membancuh bedak sejuk. Sapukan bedak sejuk itu pada ketiak setiap malam sebelum tidur. Cuba seminggu dan lihat hasil nya.
2- Campurkan setengah sudu kapur dengan perahan limau nipis. Sapukan pada ketiak selepas mandi setiap malam.
3- Setiap kali mandi, gosok ketiak dengan tapak tangan atau lutut. AMARAN. Jangan digosok dengan berus. Kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kecederaan.
4- Rebus 5 helai daun sirih bersama 5 kuntum bunga kenanga dan segelas air.Panaskan sehingga air nya tinggal setengah gelas. Tapis dan campurkan sedikit gula merah, amalkan 2 kali seminggu.
5- Sapukan kulit pisang masak pada ketiak sebelum mandi setiap hari kemudian basuh dengan sabun.
6- Belahan limau nipis itu digosok pada ketiak setiap kali lepas mandi.
7- Tumbuk lumat beberapa helai daun pokok jambu batu. Gosokkan pada ketiak setiap kali sebelum mandi.
Korang cubalah amalkan mana mana petua diatas. Jika masih tidak berhasil. Baik pergi buat temujanji dengan doktor untuk mendapat khidmat nasihat.
Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!
Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya: