7 Keburukan Stress

oie_SDPtPnrMo3Bd

Hai semua, tcm pasti semua tahu apa itu stress. Stress atau tekanan perasaan merupakan satu tindak balas fizikal, emosi dan mental terhadap sesuatu perubahan yang dialami seseorang itu.Sebagai seorang manusia, kita tidak boleh lari dari masalah dan ujian. Kadangkala, masalah dan ujian di dalam kehidupan kita dapat membuatkan kita merasa stress.

Stress dapat menjejaskan kualiti hidup kita. Selain itu, ia turut memberi kesan kepada keluarga dan rakan-rakan kita. Kita perlu menanggani stress dengan cara yang betul. Sekiranya anda hanya biarkan stress anda tanpa ditanggani dengan betul, anda mungkin mengundang pelbagai lagi masalah ke dalam hidup anda secara tak sengaja. Nak tahu keburukan stress, jom baca di bawah.

 

Dua Jenis Stress

Secara umumnya, stress terbahagi kepada dua iaitu :

  • Stress Akut (jangka pendek)

Merupakan tindak balas spontan badan terhadap apa-apa keadaan yang mencabar, menakutkan atau bahaya. Tahap stress ini pula bergantung pada beberapa faktor seperti keterukkan stress tersebut, tempoh yang dialami dan cara individu menanggani stress tersebut. Stress jangka pendek ini boleh sembuh dengan segera sekiranya faktor penyebab kepada stress tersebut dapat ditanggani dengan baik.

  • Stress Kronik (jangka panjang)

Stress ini biasanya dialami oleh orang yang stress berpanjangan atau dalam tempoh yang lama. Stress seperti ini disebabkan masalah penyakit kronik atau masalah berpanjangan sehingga menyebabkan sakit jantung yang dihidapi bertambah teruk.

 

7 Keburukan Stress

1. Sistem Imun

Stress dapat membuatkan tubuh badan kita menjadi lemah dan mudah mendapat serangan penyakit. Walaupun begitu, stress pada kadar yang tidak berbahaya sebenarnya baik kerana dapat melonjakkan sistem imun bagi melawan jangkitan penyakit. Stress yang berpanjangan pula akan memperlahankan sebarang proses penyembuhan luka kita.

 

2. Jantung (kardio-vaskular)

Stress sangat berkait rapat dengan tekanan darah tinggi, denyutan jantung tak normal (arrhythmin), masalah darah beku, arteri mengeras (atherosclerosis), penyakit arteri koronari, serangan sakit jantung dan jantung gagal berfungsi.

 

3. Otot

Ketegangan stress yang berterusan akan merebak ke bahagian leher, bahu dan pada bahagian belakang bawah. Otot yang terasa tegang di di leher boleh menyebabkan sakit kepala. Selain itu, bagi pesakit yang menghidapi rheumatoid arthritis, sakit mereka juga berpotensi menjadi lebih teruk.

 

4. Sistem Penghadaman

Penyakit yang berkaitan dengan perut juga akan turut bertambah teruk dengan adanya stress. Stress akan membuatkan mulut terasa kering, makanan yang dimakan sukar untuk dihadam, mual, perut masuk angin dan cirit-birit (sembelit).

 

5. Organ Pembiakan

Bagi wanita, stress dapat memanjang atau memendekkan kitaran haid mereka atau mengalami senggugut semasa haid. Masalah seperti kurang kesuburan (infertiliti rendah), masalah lemah tenaga batin, masalah semasa hamil turut dikaitkan dengan stress. Wanita hamil yang sering stress pula, berpotensi melahirkan anak yang mempunyai masalah asma atau alahan.

 

6. Sistem Pernafasan

Stress akan menunjukkan simptom asma dan masalah paru-paru yang lain. Semasa stress, seseorang itu akan bernafas dengan lebih cepat berbanding pada keadaan biasa. Mereka juga berpotensi mengalami sesak nafas akibat bernafas terlalu cepat. Sekiranya hal ini berterusan, ia boleh menyebabkan paru-paru mudah mendapat penyakit berjangkit.

 

7. Sistem Saraf

Apabila stress, saraf simpatetik otak memberi isyarat kepada kelenjar adrenal supaya merembeskan hormon-hormon, termasuklah hormon epinefrin. Jika pengeluaran hormon ini sentiasa pada paras yang tinggi, ia boleh memberi kesan kepada ingatan dan keupayaan belajar, serta menyebabkan kemurungan (depresi).

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://jobkartel.com/bahaya-stress-dan-cara-menanganinya-anda-perlu-tahu/

https://sitik.wordpress.com/2012/11/20/kesan-dan-akibat-stres/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>