Info & Tips Melegakan Selsema

oie_Gh23z0jkY2H6

Selamat pagi semua. :) Untuk hari ini, TCM ingin memilih topik “Tips Melegakan Selsema” sebagai tajuk kita. Ini kerana, selsema merupakan salah satu jenis penyakit yang boleh dikatakan agak kerap terjadi pada kita semua. Jadi TCM merasa, mungkin kita semua akan memperoleh banyak manfaat daripada perkongsian ini. Sebagai salah seorang daripada “regular customer selsema” saya 100% bersetuju. hehehe

 

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Selsema ?

Selsema merupakan jangkitan salur pernafasan atas, yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus. Untuk pengetahuan semua, terdapat lebih dari 200 virus selsema. Jenis-jenis virus mungkin berbeza pada setiap musim. Virus ini tidak dapat dibunuh dengan antibiotik, penawar kepada penyakit ini sebenarnya adalah tubuh badan kita sendiri. Jangkitan-jangkitan virus tersebut akan hilang dengan sendirinya melalui antibodi badan kita. Akan tetapi, sekiranya kita terkena jangkitan sekunder, antibiotik mungkin diperlukan. Ini kerana, badan kita masih merasa lemah serta tidak mempunyai antibodi yang cukup.

 

Bagaimana Ia Berjangkit ?

oie_Re7DyG2ITkAv

Jangkitan selsema boleh merebak daripada seseorang kepada seseorang yang lainnya melalui udara yang dicemari oleh batuk, bersin serta bercakap dengan penghidapnya. Selain itu, jangkitan tersebut juga boleh didapati daripada najis burung yang telah tercemar atau kawasan-kawasan yang telah tercemar dengan virus influenza.

 

Antara Gejala-Gejalanya :

  • Kerongkong merasa kering dan sakit
  • Selalu bersin
  • Sakit badan
  • sakit kepala
  • Hidung tersumbat
  • Mata berair

 

Tips2 Melegakan Selsema :

oie_VKSekVI2kZFL

  1. Air didihan beras – Ambil air didihan beras, sejukkan dan minum semasa masih suam-suam. Air didihan beras yang sejuk  agak berlendir dan pekat serta susah untuk telan. Tips ini dikatakan dapat menghilangkan rasa gatal-gatal dan kering pada kerongkong.
  2. Halia – Ketuk halia dan campurkannya ke dalam air perahan limau. Minum sewaktu panas atau suam. Dikatakan dapat menghilangkan rasa sejuk dalaman.
  3. Kunyit hidup dan kapur – Petua ini juga sesuai buat bayi. Iaitu dengan mencalitkan sedikit kunyit hidup atau kapur pada batang hidung mereka. Kesannya, dapat menyamankan nafas.
  4. Madu – Untuk bayi, kita dapat campurkan madu pada susu bayi atau berikan mereka minum madu sedikit setiap hari. Untuk yang dewasa pula, dapat mengamalkan minum madu secara terus atau dicampur dengan air suam serta sedikit limau nipis.
  5. Mandi – Mandi air suam serta elakkan mandi malam.
  6. Elakkan susu lembu – Elakkan pengambilan atau memberi susu lembu pada kanak-kanak semasa selsema kerana ia dapat memekatkan kahak dan melambatkan proses pemulihan.
  7. Teknik Wap – Boleh mencuba teknik ini dengan meletakkan semangkuk air panas dan hidu wap-wap yang naik itu. Dipercayai mampu melegakan pernafasan dan membantu mencairkan kahak secara semulajadi.
  8. Vitamin C – Banyakkan memakan buah-buahan yang tinggi kandungan Vitamin C seperti oren dan jambu batu.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

animasi

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

oie_3161540RHyJXZzB

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>