Sindrom Turner

oie_M6iQdDEO0tNc

Sindrom Turner adalah sejenis penyakit keturunan yang melibatkan kelainan kromosom seks yang hanya mempengaruhi wanita. Apa itu kromosom? Kromosom adalah sesuatu yang membawa gen manusia. Manusia mempunyai 23 pasang kromosom. Di mana, salah satu daripada 23 pasang tersebut adalah kromosom jantina. Ianya berbeza bagi lelaki dan juga wanita. Lelaki mempunyai kromosom jantina XY, manakala wanita pula mempunyai kromosom jantina XX. Kromosom jantina ini diperlukan untuk kesuburan dan ciri-ciri seksual.

Wanita yang menderita sindrom turner, memiliki satu kromosom X yang tidak normal atau hilang sepenuhnya. Keadaan ini biasanya berlaku dalam 1 daripada 2000 kelahiran kanak-kanak perempuan. Kanak-kanak perempuan yang tidak menerima sebarang rawatan, berkemungkinan akan menjadi seorang dewasa yang sangat pendek. Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya sindrom ini dapat dikenalpasti pada peringkat lebih awal. Sebelum kanak-kanak tersebut berumur 12 tahun, iaitu sebelum berhentinya proses tumbesaran.

 

Jenis2 Sindrom Turner

  1. Sindrom Turner Klasik – Ini adalah keadaan di mana satu daripada dua kromosom X hilang sepenuhnya.
  2. Sindrom Turner Mosaik – Jenis yang kedua ini pula adalah ketika kromosom X lengkap pada sebahagian besar sel, tetapi pada sel lainnya, ada sebahagian yang hilang atau berlaku kelainan padanya. Pada beberapa sel, kadangkala terdapat satu atau dua kromosom X yang lengkap, akan tetapi, perkara ini sangat jarang berlaku.

 

Ciri2 Utama Sindrom Turner

Ciri-ciri antara pesakit-pesakit sindrom ini berbeza-beza, bergantung kepada peratusan sel-sel badan yang dipengaruhi oleh kromosom X yang tidak normal. Terdapat juga kanak-kanak yang tidak mempunyai ciri-ciri fizikal sindrom ini yang ketara tetapi hanya mempunyai masalah dengan tumbesaran yang terbantut (pendek) sahaja. Antara 2 ciri utama sindrom ini ialah :

  1. Tumbesaran terbantut (Pendek) – Mereka mempunyai ketinggian yang normal sebelum mencecah umur 2 tahun. Akan tetapi, setelah meningkatnya usia mereka, mereka akan mengalami tumbesaran yang lambat berbanding rakan sebaya mereka. Ini kerana, remaja sindrom turner tidak mengalami pecutan tumbesaran yang normal seperti remaja biasa.
  2. Kekurangan Kematangan Seksual – Boleh dikatakan hampir semua wanita yang mengalami sindrom turner tidak mempunyai ovari yang berfungsi seperti biasa serta tidak dapat menghasilkan hormon seks (estrogen dan progesterone). Disebabkan itu, mereka tidak mengalami pembesaran payu dara dan haid semasa remaja. Walaupun mereka mempunyai rahim dan faraj yang normal, mereka tidak mampu untuk mengandung tanpa sebarang bantuan rawatan perubatan.

 

Ciri2 Fizikal Sindrom Turner

  1. Bengkak pada tangan dan kaki semasa peringkat bayi
  2. Mempunyai dada yang lebar serta jarak diantara puting yang lebih dari biasa
  3. Sudut siku yang berlebihan
  4. Leher yang lebar kerana berlebihan lipatan kulit dan kedudukan pangkal rambut yang rendah
  5. Benjolan tulang pada buku jari keempat dan kelima kurang kelihatan ketika menggenggam tangan

 

 Masalah2 Berkaitan Sindrom Turner

  1. Masalah Jantung – Berlaku dalam 20-30% sindrom turner seperti kesempitan saluran darah aorta yang mengalirkan darah daripada jantung
  2. Gigi – Masalah otodontik (susunan gigi)
  3. Tulang – Osteoporosis atau kurang kepadatan tulang berlaku apabila kekurangan hormon estrogen
  4. Telinga – Kanak-kanak yang mengalami sindrom ini, cenderung untuk mendapat jangkitan telinga tengah sehingga menyebabkan kurang pendengaran
  5. Kepintaran – Umumnya, mereka memiliki kepintaran yang normal. Walaupun begitu, mereka berkemungkinan kurang mahir dalam matematik, bacaan peta, tunjuk arah dan organisasi visual
  6. Keyakinan diri – Disebabkan perbezaan rupa betuk fizikal. Mereka sering merasa kurang keyakinan diri

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

animasi

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

oie_3161540RHyJXZzB

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>