Tips Kesihatan : Info Mengenai Kalori

oie_kmrwglsvnzjz

Apa khabar semua? Artikel yang ingin dikongsikan hari ini adalah mengenai kalori. Tahukah anda, dengan memahami apa itu sebenarnya kalori, anda mampu untuk merancang penurunan berat badan anda. Kalori adalah suatu unit yang digunakan bagi mengukur tenaga. Di dalam bahasa mudahnya, tubuh badan kita memerlukan kalori bagi menjana tenaga.

Apa kaitannya kalori dengan lemak pula ye? Kalori dapat kita perolehi melalui makanan. Sekiranya kita mengambil (makan) kalori terlalu banyak daripada yang diperlukan, kalori tersebut akan tersimpan di dalam tubuh badan kita dan seterusnya akan bertukar menjadi lemak.

 

Kiraan Asas Kalori Dalam Makanan

Setiap makanan yang kita beli biasanya akan menunjukkan “maklumat pemakanan” pada bungkusan makanan tersebut. Cara bagi mengira berapa kalori yang dapat anda perolehi dengan memakan makanan tersebut adalah dengan mendarab berat gram nutrisi yang terdapat pada bahagian maklumat pemakanan dengan formula di bawah :

  • Karbohidrat : Darab 4 bagi setiap gram
  • Protein : Darab 4 bagi setiap gram
  • Lemak : Darab 9 bagi setiap gram

 

Berapa agaknya kalori yang diperlukan oleh kita yea? Jumlah kalori yang diperlukan oleh lelaki dan perempuan adalah berbeza. Malah ianya juga berbeza-beza bagi setiap individu itu sendiri. Walau begitu, kajian mendapati purata kalori yang diperlukan oleh lelaki adalah sekitar 2000-2500 kalori. Manakala, perempuan pula diantara 1600-2000 kalori.

 

Apakah Yang Membezakan Keperluan Kalori

Terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira bagi menentukan keperluan kalori yang diperlukan oleh seseorang itu. Antaranya seperti saiz badan, tinggi, berat, umur dan juga jenis pekerjaan. Pekerjaan? Yup, mereka yang bekerja di dalam bidang yang menggunakan banyak tenaga seperti buruh, petani, ahli sukan memerlukan lebih banyak kalori berbanding mereka yang bekerja di pejabat.

 

Kesan Pengambilan Kalori Berlebihan

Seperti yang telah tcm jelaskan diatas, tubuh badan kita akan menyimpan kalori-kalori yang tidak kita gunakan sebagai lemak. Tahu tak, kira-kira 7,700 kalori bersamaan dengan 1 kilogram berat kita? Ini bermaksud, individu yang mempunyai lebihan kalori sebanyak 650 kalori sebulan mampu untuk menambahkan berat badannya sebanyak 1 kilogram sekiranya hal tersebut berlanjutan selama setahun.

Pasti anda dapat bayangkan bukan, sekiranya perkara tersebut berlanjutan lebih daripada setahun tanpa sebarang perubahan yang sihat, pasti individu tersebut berpotensi mengalami masalah obesiti atau berat badan berlebihan.

 

5 Tips Amalan Pemakanan Sihat

Berikut tcm kongsikan kepada anda semua, 5 tips yang boleh kita semua amalkan di dalam menjaga kesihatan dan mencegah daripada masalah berat badan berlebihan. Antaranya ialah :

  1. Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari
  2. Makan makanan seperti ikan, daging, ayam dan telur secara sederhana
  3. Minum susu dan produk tenusu secukupnya
  4. Hadkan daripada makan makanan yang tinggi kandungan lemak
  5. Kurangkan lemak dan minyak ketika menyediakan makanan

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://www.moh.gov.my/images/gallery/publications/makan/Panduan_Penyajian.pdf

http://www.jomdiet.com/kalori-101/

http://diarikurus.com/turun-5-kg-dalam-masa-seminggu-dengan-hanya-bakar-kalori-di-badan-anda/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>