Tips Kecantikan : 8 Tips Awet Muda

oie_8CVBWPB9sJO5

Mempunyai wajah yang kelihatan muda walaupun sudah berumur atau awet muda sememangnya diinginkan oleh setiap orang. Mereka yang awet muda akan sentiasa kelihatan cantik dan menarik. Walapun begitu, anda tidak perlu risau kerana hari ini tcm nak kongsikan tips-tips rahsia yang boleh anda amalkan di dalam mendapatkan wajah yang kekal awet muda.

 

8 Tips Awet Muda

1. Melakukan Senaman Muka

Anda hanya perlu meluangkan beberapa minit sahaja bagi melakukan senaman ini. Langkah-langkah senaman ini adalah seperti berikut :-

  1. Mulakan dengan senyuman manis di hadapan cermin
  2. Angkat kening anda dan kerutkan dahi (seolah-olah riak wajah ketika terkejut)
  3. Pejamkan mata rapat-rapat sehingga hidung terangkat
  4. Senyum sambil menunjukkan gigi
  5. Ulang teknik ini 10 hingga 15 kali setiap senaman pada setiap hari.

Teknik ini mampu melancarkan aliran darah anda dan menguatkan otot pada bahagian muka.

 

2. Cuci Muka Dua Kali Sehari

Pada setiap hari, kita melakukan pelbagai aktiviti di dalam kehidupan seharian kita. Muka kita pasti terdedah dengan debu, kotoran, serta asap-asap kenderaan. Oleh kita, kita harus membersihkan wajah sekurang-kurangnya dua kali sehari. Iaitu saat bangun tidur dan sebelum tidur pada malam hari. Cara membersihkan muka dengan betul adalah seperti berikut :-

  1. Bersihkan tangan anda
  2. Cuci muka dengan air suam terlebih dahulu bagi membuka pori-pori wajah
  3. Gosokkan sabun pencuci pada wajah dengan rata
  4. Basuh wajah anda dengan menggunakan air biasa untuk mengecilkan kembali pori-pori

 

3. Biasakan Diri Makan Ulam

Ulam raja sangat dikenali di kalangan masyarakat Melayu. Selain menambah selera ketika makan. Ulam raja turut berfungsi menambahkan kandungan oksigen di dalam darah. Penambahan oksigen ini seterusnya akan melancarkan proses peredaran darah di dalam tubuh badan. Apabila kandungan oksigen di dalam tubuh badan mencapai keseimbangan.

Tubuh badan akan terasa lebih segar dan kulit juga turut menjadi lebih sihat dan tegang. Ulam raja boleh dimakan secara mentah (pastikan basuh dengan bersih), celur ataupun dicicah, dicampur dalam masakan atau dibuat kerabu.

 

4. Elakkan Makan Makanan Ringan (Junk Food)

Disebabkan oleh rasanya yang agak sedap serta mudah untuk disediakan. Ramai yang sangat mengemari makanan ringan. Sekiranya anda menginginkan kulit yang awet muda, elok anda jauhi makanan ini seperti wanita-wanita di Jepun atau Korea yang lebih menggemari makanan-makanan yang berasaskan sayur-sayuran dan makanan mentah.

Makanan mentah memiliki kandungan vitamin serta nutrien yang masih banyak kerana masih belum diolah serta dicampur dengan bahan-bahan lain.

 

5. Lakukan Urutan Muka

Dengan mengamalkan teknik ini, anda dapat mengelakkan kedutan pada wajah anda dari berlaku dengan cepat. Tak sabar nak cuba? Jom ikuti cara-caranya seperti dibawah :-

  1. Letakkan dua jari anda di atas kening
  2. Kemudian lakukan gerakan lembut ke arah sisi dahi
  3. Buka jari jemari anda dan letakkan pada kawasan mata.
  4. Gerakkan juga jari tersebut ke arah sisi muka hingga ke bahagian telinga
  5. Akhir sekali, buka jari anda dan letakkan di antara hidung dan mulut
  6. Seterusnya juga gerakkan ke arah sisi muka hingga ke telinga

 

6. Minum Teh Hijau (Green Tea)

Minuman teh hijau mampu melambatkan penuaan usia. Ini kerana, teh mengandungi kandungan zat anti-oksidan yang sangat tinggi. Untuk mengamalkan minum teh ini, anda disarankan untuk minum teh tersebut secara teratur. Tcm percaya, tips ini sangat mudah sekali untuk diamalkan kerana teh merupakan salah satu bahan yang sangat mudah untuk dibeli.

 

7. Buang Sel Kulit Mati Dengan Pengelupasan

Lapisan kulit kita yang kusam dapat menjadi cerah dengan melakukan pengelupasan. Terdapat banyak produk pengelupasan kulit yang terdapat dipasaran. Berikut tcm kongsikan bagaimana caranya bagi melakukan tips yang ketujuh ini :-

  1. Sekiranya rambut panjang, ikat rambut anda kebelakang supaya tidak menghalang wajah anda
  2. Celupkan kain bersih ke dalam air suam
  3. Letakkan kain tersebut di atas wajah selama 1-2 minit bagi membuka pori-pori wajah
  4. Bersihkan muka dahulu dengan produk pencuci wajah
  5. Buat ramuan pengelupasan kulit dengan mencampurkan 2 sudu makan gula pasir dan satu sudu air dan letakkan di dalam mangkuk
  6. Gunakan tangan anda untuk meratakan ramuan tersebut pada seluruh wajah
  7. Gunakan kain bersih bagi menggosok ramuan yang ada pada wajah anda dengan gerakan berpusing (ini adalah bagi membuang sel kulit mati)
  8. Cuci muka dengan air suam dan disudahi dengan air sejuk
  9. Keringkan muka dengan menepuk-nepuk muka anda dengan tuala bersih

 

8. Elakkan Kulit Dari Terdedah Secara Langsung Dengan Cahaya Matahari

Cahaya matahari yang terdedah secara berlebihan tanpa sebarang perlindungan dapat menyebabkan kerosakan kulit serta menjadikannya kering dan kusam. Walaupun cahaya matahari pada waktu pagi dapat memberikan vitamin D dan baik untuk kulit. Namun, kita tetaplah harus berwaspada.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=tips+awet+muda

http://intrend.com.my/gaya-hidup/kesihatan/4-petua-kekal-awet-muda-tanpa-bersusah-payah

https://www.seruni.id/cara-awet-muda/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>