Frontotemporal Dementia

oie_3w77TPm5zoMV

Apa itu frontotemporal dementia (FTD)? Ia adalah sejenis penyakit otak yang progresif serta mampu menjejaskan bahagian-bahagian otak seperti bahagian frontal dan temporal anterior cuping otak. Kebiasaannya penyakit ini dialami oleh lelaki dan juga wanita yang berumur di dalam lingkungan 50an ke atas. Kerosakan sel yang disebabkan oleh FTD, membawa kepada pengecutan tisu dan juga ia mengurangkan fungsi otak dan temporal cuping otak yang mengawal perancangan, emosi, percakapan serta memahami percakapan dll. FTD juga tergolong di dalam pelbagai gangguan yang tertentu dengan gejala utamanya yang berbeza-beza. FTD pernah dianggap sebagai suatu kes yang jarang berlaku.

Akan tetapi, pada masa kini, ia boleh dikatakan menyumbang sebanyak 10 – 15 % daripada semua kes-kes berkenaan dementia. Walaupun begitu, FTD masih dianggap kurang umum sekiranya dibandingkan dengan penyakit seperti Alzheimer, Dementia Vaskular dan Lewy Body Dementia. Pada mereka yang berumur kurang daripada 65 tahun, FTD boleh menyumbang sehingga 20 – 50 % daripada kes-kes dementia. Pada kebiasaannya, pesakit FTD akan menghadapi penyakit tersebut pada umur 50 an atau awal 60 an. Seterusnya, ini membuatkan perkara tersebut sebagai suatu situasi yang biasa ditemui pada mereka yang berada di dalam lingkungan peringkat umur ini.

 

Simptom2 FTD

Anak_Panah_Kebawah

Pakar telah membahagikan FTD kepada tiga jenis kategori utama. Yang pertama adalah “Behavioral variant FTD” (bvFTD), keduanya pula ialah “Primary Progessive Aphasia(PPA)” dan yang ketiga adalah “FTD movement disorder”.

 

1. Behavioral Variant FTD

FTD jenis ini mempunyai pengaruh yang besar terhadap personaliti dan tingkah laku seseorang itu. Mereka yang mengalami FTD jenis ini sering dianggap mempunyai masalah kemurungan. Selain itu, mereka juga akan suka untuk menyendiri. Mereka akan mengalami masalah dengan kehidupan peribadi serta kehidupan sosial mereka.

2. Primary Progressive Aphasia

Untuk yang keduanya, ia memberi kesan terhadap kemahiran bahasa pada peringkat awal. Selanjutnya, ia juga akan turut memberi kesan kepada tingkah laku semakin penyakit tersebut menjadi semakin serius.

  • Semantic Dementia – Mereka senang untuk berbual atau berbicara. Akan tetapi, kata-kata yang disampaikan oleh mereka , mempunyai maksud yang kurang dan semakin kurang jelas. Mereka cenderung untuk menggunakan istilah umum yang luas. Sebagai contoh, mereka akan menggunakan perkataan “haiwan” bagi menggambarkan “kucing”. Kefahaman bahasa mereka juga akan menurun.
  • Progressive Nonfluent Aphasia – Mereka akan mengalami kesukaran untuk menghasilkan perkataan dengan mudah. Percakapan mereka akan menjadi tersekat-sekat. Keupayaan mereka untuk membaca dan menulis juga berkemungkinan akan terjejas.

3. FTD Movement Disorder

Akhir sekali, FTD jenis ini akan mempengaruhi fungsi-fungsi otot. Kecacatan ini juga boleh menjejaskan bahasa dan tingkah laku. 2 jenis utama FTD movement disorder ialah

  • Corticobasal degeneration (CBD) -Menyebabkan kegoyahan, kekurangan penyelarasan, ketegangan otot dan kekejangan.
  • Progressive supranuclear palsy (PSP) – Menyebabkan kesukaran untuk berjalan serta masalah keseimbangan. Kerap jatuh dan mengalami kekakuan pada otot. Terutamanya di bahagian leher dan atas badan. Serta, ia juga mempengaruhi pergerakan mata.

 

Rawatan Frontotemporal Dementia :

animasi

Kepada mereka yang mengalami masalah ini. Pasti sedar akan kesannya yang sangat berbahaya terhadap kesihatan kita. Oleh itu, TCM pasti ramai yang tercari-cari akan rawatan yang berkesan di dalam mengubati penyakit ini. Di sini, TCM ingin kongsikan info yang sangat-sangat berguna kepada mereka yng mengalami masalah ini. TCM cadangkan kepada mereka yang mengalami masalah ini, untuk melapangkan masa dan berkunjung The Tole Acupuncture Herbal-Medical Center. Mereka sememangnya berpengalaman luas di dalam mengubati penyakit seperti ini.

Baca info selanjutnya di :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Rawatan_Akupunktur_Frontotemporal_Dementia.html

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

oie_3161633KyCVYvFp

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>