Tips Kesihatan : 7 Langkah Atasi Stress

oie_gCaXjoejeE7q

Hai semua, semalam tcm ada kongsikan bersama anda semua 7 keburukan yang disebabkan oleh stress. Jadi hari ini, jom tcm nak kongsi pula 7 tips bagaimana kita dapat atasi masalah stress. Bagi mereka yang belum lagi baca artikel tcm semalam, anda boleh lah klik di SINI. Kita semua sedar akan kewujudan masalah stress ini. Akan tetapi, berapa ramaikah dari kita yang tahu bagaimana dapat kita atasinya?

 

7 Langkah Atasi Stress

1. Fahami Punca Stress

Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, pertama sekali kita perlu mengenalpasti terlebih dahulu punca kenapa masalah tersebut terjadi. Setelah mengetahui apakah sebenarnya punca yang dapat membuatkan anda stress, cuba untuk dapatkan nasihat daripada ahli keluarga atau sahabat yang rapat.

 

2. Berfikiran Positif

Stress terjadi kadang kala disebabkan oleh banyaknya hal-hal negatif yang kita terima atau miliki. Oleh itu kita kena kenalpasti kenapa perkara negatif tersebut dapat berlaku di dalam diri kita. Selepas itu cuba lah untuk melupakannya atau memandangnya dari sudut yang baik, iaitu dengan berfikiran positif. Berfikiran positif sangat membantu dalam menghilangkan stress yang anda alami.

 

3. Selesaikan Masalah Satu per Satu

Sekiranya anda mempunyai banyak masalah, cuba untuk selesaikannya satu per satu. Bermula dari masalah yang paling kecil. Ini kerana, masalah kecil yang tidak diselesaikan dapat menjadi lebih besar. Sekiranya masalah anda melibatkan orang lain, cuba untuk berkomunikasi atau berinteraksi dengan lebih baik supaya dapat mengelakkan sebarang salah faham terjadi.

 

4. Sentiasa Mengingati Tuhan

Tuhan merupakan pencipta segala perkara, dengan mengingati Tuhan, kita percaya hanya Tuhan sahaja yang punya kuasa untuk menentukan takdir hidup manusia. Namun begitu, kita sebagai manusia seharusnya berusaha untuk menghadapi segala ujian yang mendatang dengan kental.

 

5. Menangis

Mesti ramai yang terkejut kan, hehe tambah-tambah lagi lelaki. Betul, menangis dapat membantu mengatasi stress anda. Titisan air mata dapat menjadi teman dan menceritakan seribu masalah. Menangis merupakan amalan yang sihat dan dapat melapangkan tekanan minda dan jiwa.

Wanita lebih mudah menzahirkan emosinya melalui tangisan berbanding lelaki yang lebih kerap memendam perasaan dan menganggap menangis adalah sesuatu yang mengaibkan.

 

6. Terima Kelebihan dan Kekurangan Diri

“We never know how strong we are, until being strong is the only choices”.

Kadangkala kita sendiri tidak menyedari kelebihan dan kekurangan diri kita dengan tepat, ia bergantung kepada penerimaan diri sendiri. Bagaimana kita menjadikan tekanan sebagai landasan untuk kita uji tahap ketahanan mental dan fizikal diri dalam berbagai-bagai bentuk masalah yang dihadapi. Dengan itu kita akan dapat mengatasi kelemahan diri terlebih dahulu sebelum mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang dihadapi.

 

7. Menyanyi, Menari dan Menjerit

Anda boleh mengatasi stress dengan menyanyi di dalam bilik air tanpa menghiraukan lirik lagu yang dinyanyikan. Selain itu, anda juga boleh memasang lagu rancak yang anda minati dan menarilah mengikut rentak lagu tersebut sehingga anda berpeluh. Akhir sekali, carilah tempat yang sunyi atau bising seperti di tapak pembinaan dan jeritlah sekuat hati anda.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=langkah+atasi+stress

https://sharimi.wordpress.com/2010/01/28/cara-cara-mengatasi-stress/

http://panduan-tips-petua.blogspot.my/2014/02/langkah-langkah-mengatasi-stress.html

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>