Penyakit Lyme

oie_GDiLBnNO1qU0

Salam rabu semua, artikel yang tcm akan kongsikan pada hari ini ialah mengenai sejenis penyakit yang dikenali sebagai penyakit lyme. Penyakit ini merupakan sejenis penyakit umum yang sering terjadi di negara luar seperti Amerika Utara dan Eropah. Penyakit ini mampu berjangkit melalui gigitan kutu. Gigitan daripada kutu tersebut akan menyebarkan sejenis bakteria yang dikenali sebagai borrelia burgdorferi.

Rawatan bagi mengubati penyakit ini hendaklah dilakukan secepat mungkin bagi mengelakkan daripada penyakit ini menjadi semakin parah.

 

Gejala-Gejala Penyakit Lyme

  • Sering mengalami keletihan
  • Terjadi ruam pada kawasan yang digigit kutu
  • Bentuk ruam seperti cincin dengan bulatan merah di tengah
  • Menggigil ketika demam
  • Sakit pada bahagian sendi

 

Penyebab Penyakit Lyme

Seperti yang telah dinyatakan di atas, seseorang itu akan mengalami penyakit ini sekiranya mereka digigit oleh sejenis kutu yang membawa bakteria borrelia burgdorferi. Bakteria akan masuk melalui luka gigitan kutu tersebut sehinggalah sampai ke dalam aliran darah seseorang itu. Kebiasaannya seseorang itu berpotensi tinggi untuk mendapat penyakit ini apabila kutu berada pada kulit mereka selama 36-48 jam.

Anda akan perasan berlakunya sedikit pembengkakan pada kulit anda. Ini kerana, kutu yang terdapat pada kulit anda tersebut telahpun menghisap darah anda dan menyebarkan bakteria. Sekiranya ini terjadi, segera lakukan pemeriksaan.

 

Komplikasi-Komplikasi Penyakit Lyme

  • Mengalami kerosakan kognitif seperti gangguan memori
  • Mengalami keradangan sendi yang serius (lyme arthritis)
  • Berpotensi mengalami penyakit jantung

 

Faktor Pendorong Penyakit Lyme

Antara beberapa faktor yang mendorong seseorang itu mendapat penyakit ini ialah seperti banyak menghabiskan masa di kawasan yang berhutan atau berumput. Selain itu, faktor pemakaian ketika berada pada kawasan yang berhutan atau berumput juga memainkan peranan. Ini kerana, kutu lebih mudah melekat pada kawasan kulit yang terdedah.

 

Langkah Mengatasi Penyakit Lyme

  • Pastikan anda selalu menjaga kebersihan diri dan persekitaran
  • Menggunakan losyen anti-serangga
  • Memakai pakaian yang tertutup terutamanya ketika berada di kawasan hutan atau berumput
  • Pastikan haiwan peliharaan anda sentiasa bersih dan bebas dari masalah kutu

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://www.news-medical.net/health/Lyme-Disease-Symptoms-(Indonesian).aspx

http://www.sehatfresh.com/penyakit-lyme/

http://www.alodokter.com/penyakit-lyme

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>