Strok Haba

oie_8yTN2KoibAUI

Malaysia merupakan sebuah negara tropika. Oleh itu, cuaca panas dan terik boleh dikatakan sebagai suatu perkara yang biasa bagi kawasan-kawasan tropika seperti kita di Malaysia. Walaupun hal ini nampak mudah, namun kita tidak boleh sesekali memandang remeh akan hal ini. Apatah lagi, apabila ia mampu mengancam kesihatan kita. Adakah anda tahu apa itu “Strok Haba”? Strok haba ialah apabila suhu badan kita melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu purata badan manusia adalah lebih kurang 37.0 darjah celcius.

Hal ini hendaklah diambil perhatian kerana ia merupakan sejenis penyakit yang berkaitan dengan haba yang sangat serius. Selain itu, ia juga mampu mengancam nyawa disebabkan kegagalan peraturan suhu badan (thermoregulation). Strok haba terdiri daripada beberapa ciri berikut, antaranya ialah ketinggian suhu badan yang melampau (hyperthermia), serta berkaitan pusat sistem saraf yang tidak berfungsi dan juga kegagalan fungsi organ. Jadi, hal ini hendaklah diberikan sepenuh perhatian di dalam mengubati serta mencegahnya daripada terjadi ataupun berulang.

 

Kesan Cuaca Terlalu Panas :

 

  1. Diserang strok akibat terlalu panas.
  2. Merasa keletihan akibat keadaan terlalu panas
  3. Berlaku kekejangan akibat cuaca yang terlampau panas
  4. Pitam

cat-sad-cat

Gejala2 Strok Haba :

  1. Sawan
  2. Dahaga
  3. Berpeluh
  4. Tekanan darah rendah
  5. Otot-otot badan menjadi lemah
  6. Mual dan muntah
  7. Denyutan nadi menjadi pantas
  8. Kulit menjadi kering dan kemerahan
  9. Sakit kepala yang berdenyut-denyut
  10. Kurang berpeluh, walaupun dalam keadaan yang panas

oie_PXovdRTUgR37

Golongan Yang Berisiko Tinggi Terhadap Penyakit Ini :

 

  1. Orang dewasa (40 tahun ke atas) mempunyai risiko 10 kali ganda lebih besar untuk terdedah kepada penyakit ini berbanding orang yang muda.
  2. Mereka yang banyak terlibat dengan aktiviti fizikal seperti tentera, ahli sukan, buruh, peladang dll.
  3. Kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke bawah
  4. Mereka yang mempunyai masalah pernafasan dan jantung.

 

Langkah2 Pencegahan Strok Haba :

 

  1. Minum banyak air kosong, sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari
  2. Cuba untuk elakkan daripada melakukan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca yang panas
  3. Memakai pakaian yang menggunakan bahan kapas 100%, ini kerana bahan tersebut membolehkan penyejatan peluh secara maksimum
  4. Serta digalakkan menggunakan topi yang diperbuat daripada kapas, kerana lebih 40% daripada kehilangan haba berlaku di kepala
  5. Elakkan daripada melakukan apa-apa aktiviti atau berjalan di atas permukaan yang panas seperti simen

 

animasi

Informasi Kesihatan Melalui Rawatan Alternatif

 

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

oie_3161540RHyJXZzB

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>