Rawatan Bayi Kuning
Salam selasa semua, topik yang akan dikongsikan oleh tcm pada hari ini adalah mengenai rawatan kepada suatu masalah yang kerap dialami oleh bayi yang baru dilahirkan. Masalah tersebut ialah kuning (jaundis). Walaupun penyakit ini merupakan penyakit yang biasa terjadi, rawatan intensif dari pegawai perubatan masih diperlukan.
Kesihatan merupakan salah satu perkara yang tidak boleh diambil ringan. Ini kerana, sekiranya anda tidak meluangkan sedikit masa untuk menjaga kesihatan anda, kelak akan datang anda berkemungkinan terpaksa mencari masa bagi mencari ubat bagi mengembalikan kesihatan anda.
Gejala Bayi Kuning
- Kulit bayi menjadi kekuningan
- Mata kelihatan putih
Penyakit Kuning Dan Kadar Bilirubin
Ketika di dalam kandungan, bayi memerlukan sel darah merah yang banyak bagi membawa oksigen yang penting untuk tumbesaran dan perkembangan bayi. Ini kerana fungsi paru-paru bayi masih belum matang. Setelah bayi dilahirkan, paru-paru mereka akan mula berfungsi dan kandungan oksigen dalam darah mereka akan semakin bertambah.
Sel darah merah yang tidak diperlukan lagi di dalam tubuh badan akan musnah dengan sendirinya secara semulajadi. Walaupun begitu, sel-sel darah yang musnah tersebut akan menghasilkan bahan sampingan seperti zat besi dan bilirubin. Secara normalnya bilirubin akan diproses dalam hati bayi dan dibuang melalui najis bayi.
Akan tetapi, sekiranya proses tersebut tidak dapat berjalan lancar, paras bilirubin yang berlebihan di dalam darah dapat menyebabkan bayi mengalami penyakit kuning. Berikut seterusnya tcm senaraikan beberapa faktor yang dapat menyebabkan bayi mengalami kuning (jaundis).
Antara Penyebab Penyakit Kuning
- Antibodi ibu yang menyerang sel darah merah bayi
- Kekurangan G6PD
- Mengalami jangkitan sistem air kencing atau darah
- Bayi pramatang kerana hati bayi masih belum berkembang dengan sepenuhnya
Nota Penting
Sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai adat resam dan juga petua nenek moyang, kita tidak boleh hanya mengikut semuanya secara membuta tuli tanpa mendapatkan sebarang penjelasan dari pakar perubatan yang bertauliah. Ini supaya, petua yang diamalkan tersebut tidak menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk. Sebagai contoh, jemur bayi yang mempunyai masalah kuning.
Untuk pengetahuan semua, kita sangat tidak digalakkan untuk melakukan perkara tersebut. Ini kerana, ia dapat menyebabkan masalah lain pada bayi kita seperti dehidrasi (kekurangan air), atau juga menjadikan masalah kuning tersebut lebih teruk.
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
https://www.google.com/search?q=rawatan+bayi+kuning
Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan