Penyakit Dakriosistitis

oie_CDqJsY8k3fc7

Apa khabar semua, hari ini tcm akan kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan sejenis penyakit yang dikenali sebagai dakriosistitis. Dakriosistitis adalah sejenis jangkitan yang terjadi pada saluran air mata. Pesakit yang mengalami dakriosistitis akan merasa sakit disekitar saluran air mata mereka yang kelihatan merah dan bengkak. Siapakah yang paling berisiko sekali menghidapi penyakit ini? Jom tengok kat bawah.

 

Golongan Yang Berisiko Tinggi

Dakriosistitis lebih sering sekali terjadi pada golongan wanita dan dikalangan orang tua. Antara gejala yang dialami mereka adalah seperti air mata yang berlebihan, nanah dan juga pembengkakan yang terjadi disebelah dalam pada bahagian bawah kelopak mata mereka. Selain daripada itu, dakriosistitis juga ditemui lebih sering terjadi pada sebelah mata sahaja.

 

Gejala-Gejala Dakriosistitis

  • Mata berair (epifora)
  • Demam
  • Timbulnya sedikit benjolan pada bahagian dalam kelopak mata bawah
  • Mata menjadi bengkak
  • Pembuluh darah bengkak pada bahagian putih mata sehingga membuatkan mata kelihatan merah
  • Penglihatan menjadi kabur

 

Penyebab Dakriosistitis

Penyebab kepada jangkitan ini ialah disebabkan berlakunya penyumbatan pada saluran nasolakrimal (air mata) yang terletak diantara hujung kelopak mata sebelah dalam dan juga hidung. Penyumbatan tersebut menyebabkan terjadinya pembiakan bakteria yang tidak terkawal dan seterusnya membuatkan saluran air mata dijangkiti dan berlakunya keradangan.

Salah satu sebab bagaimana penyumbatan boleh berlaku pada orang dewasa adalah disebabkan oleh pertumbuhan semulajadi tulang disekitarnya. Pertumbuhan tersebut mampu membuatkan saluran air mata mereka menjadi semakin sempit sehingga akhirnya berlakulah penyumbatan.

 

Langkah Mengatasi Dakriosistitis

  •  Melalui pengambilan antibiotik oral atau melalui pembuluh darah
  • Menekapkan kain yang direndam ke dalam air suam disekitar kelopak mata yang bengkak
  • Segera mendapatkan pemeriksaan dan rawatan sekiranya mengalami gejala yang lebih berbahaya seperti bernanah

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://acityawara.com/Detail-2604-definisi-gejala-penyebab-pengobatan-dan-cara-mengatasi-penyakit-dakriosistitis.html

http://www.spesialis.info/?penyebab-dakriosistitis-(infeksi-kantong-air-mata),883

http://www.ahlinyapenyakitmata.web.id/cara-mengobati-dakriosistitis-infeksi-saluran-air-mata-secara-alami/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>