Demam Kepialu

oie_eONXn2ilvUzz

“Demam Kepialu” atau juga dikenali sebagai “Demam Paratifoid” merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh bakteria “Salmonella Typhi”. Walaupun namanya sedap seperti enak dimakan, tapi kita semua hendaklah berjaga-jaga daripada bakteria ini sekiranya tidak mahu dijangkiti demam kepialu. ;-)  Demam kepialu merebak dan menjangkiti seseorang itu melalui makanan atau air yang tercemar oleh bakteria daripada orang yang telah pun dijangkiti demam kepialu.

Selain itu makanan dan air yang tercemar daripada sisa kumbahan yang mengandungi bakteria juga mampu mengundang penyakit ini. Oleh kerana demam kepialu dapat mengancam nyawa, kita hendaklah mengambil langkah berjaga-berjaga dan tidak memandang remeh akan penyakit ini. Demam kepialu boleh dicegah melalui proses pemvaksinan dan biasanya dapat dirawat dengan penggunaan antibiotik bagi mengurangkan tempoh kesakitan serta gejala-gejala yang dialami seseorang itu.

 

Gejala-Gejala Demam Kepialu :

6a0133f3fc5805970b01a511d11753970c-320wi

  • Demam pada suhu yang tinggi (39°C – 40°C) / (103°F-104°F)
  • Mengalami sakit perut serta hilang selera makan
  • Mengalami sembelit atau cirit-birit
  • Sesetengah pesakit mengalami ruam bertompok-tompok berwarna merah jambu (seperti bunga mawar)
  • Badan menjadi lemah dan tidak bermaya
  • Sampel najis atau darah seseorang itu mengandungi bakteria salmonella typhi
  • Mengalami sakit kepala

 

Penyebab Demam Kepialu :

bee-sting-ouch-clip-art-1855996

Penyebab utamanya adalah daripada bakteria Salmonella typhi. Bakteria tersebut dapat disebarkan melalui makanan atau air minuman yang telah dicemari oleh najis atau air kencing daripada orang yang telah dijangkiti penyakit ini. Selain itu, lalat juga merupakan salah satu medium penyebaran bagi penyakit ini. Secara umumnya, kebersihan yang tidak dijaga ditambah pula dengan kewujudan bakteria tersebut dapat membuatkan sesetengah tempat itu sering diserang penyakit ini.

 

Langkah Pencegahan :stickerline-201411271636041

  • Dapatkan vaksin. Terdapat dua jenis vaksin yang dapat melindungi anda daripada demam kepialu. Pastikan anda berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan nasihat serta mengetahui vaksin yang manakah lebih sesuai untuk anda.
  • Minum air yang telah dibasmi kuman menggunakan bahan kimia, air yang dibotolkan atau yang telah dididihkan sahaja.
  • Sekiranya anda tinggal di kawasan yang terdapat banyak kes penyakit ini, elakkan daripada meminum, membasuh makanan atau memberus gigi dengan air paip atau air yang tidak dididihkan terlebih dahulu.
  • Elakkan daripada memakan makanan yang tidak dimasak.
  • Sentiasa mengamalkan untuk kerap mencuci tangan dengan menggunakan sabun dan air yang bersih.
  • Pastikan makanan anda tidak terdedah kepada bakteria atau kuman serta sentiasa ditutup rapi.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

line-lucu-SMS-Lucu-Pakai-Stiker-LINE-Dari-XL

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>