Kehamilan Ektopik

oie_1o3rvcadqb9r

Hai semua, terima kasih kerana sudi membaca. Hari ini, tcm nak kongsikan dengan anda semua mengenai kehamilan yang tidak normal. Kehamilan yang tidak normal tersebut dikenali sebagai kehamilan ektopik. Proses kehamilan yang normal akan terjadi di dalam rahim di mana janin akan berkembang selama kira-kira sembilan bulan sebelum ianya dapat dilahirkan.

Akan tetapi bagi kes kehamilan ektopik pula, proses kehamilan tersebut akan berkembang di luar rahim. Terdapat beberapa organ dimana kehamilan ektopik dapat terjadi. Antaranya seperti rongga abdomen, ovari, pangkal rahim dan serviks. Mengikut kajian yang telah dijalankan, kehamilan ektopik paling sering sekali terjadi pada “fallopian tubes”.

 

Gejala-Gejala Kehamilan Ektopik

Kehamilan ektopik mempunyai gejala-gejala yang sama seakan-akan kehamilan yang biasa. Walaupun begitu, terdapat beberapa gejala yang dapat membezakan diantara kehamilan ektopik dengan kehamilan biasa. Antara gejala-gejala kehamilan ektopik ialah :

  • Mengalami pendarahan ringan pada vagina
  • Sakit pada bahagian bahu
  • Merasa sakit pada bahagian perut
  • Rasa sakit atau merasakan tekanan pada rektum ketika buang air besar
  • Sakit pada bahagian tulang pelvis
  • Mengalami pendarahan yang banyak sekiranya fallopian tubes terkoyak
  • Mual dan muntah-muntah
  • Menstruasi terhenti

 

Penyebab Kehamilan Ektopik

Faktor penyebab kepada kehamilan ektopik masih lagi belum dapat dikenalpasti. Akan tetapi terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada terjadinya kehamilan ektopik. Antaranya seperti mengalami kelainan genetik, faktor hormon, mengalami kecacatan sejak lahir serta mengalami keradangan pada fallopian tubes yang disebabkan oleh jangkitan atau pembedahan.

 

Faktor Pendorong Kehamilan Ektopik

Selain daripada beberapa faktor yang telah disenaraikan di atas, berikut merupakan beberapa faktor lain yang dapat membuatkan seseorang itu berpotensi untuk menglami kehamilan ektopik. Antara faktor-faktor pendorong tersebut ialah :

  • Wanita yang berusia 35 tahun dan ke atas
  • Seseorang yang sering merokok
  • Seseorang yang memiliki kelainan struktur pada fallopian tubes sehingga membuatkan telur sukar untuk bergerak
  • Mereka yang pernah menjalani pembedahan pelvis atau perut
  • Pernah mengalami kehamilan ektopik sebelum ini
  • Memiliki sejarah endometriosis

 

Tips Bagi Yang Mengalami Kehamilan Ektopik

Kehamilan ektopik hendaklah segera ditanggani dengan cara yang betul, Ini kerana, kehamilan yang tidak normal seperti hamil di luar rahim ini mampu mendatangkan kesan yang bahaya kepada individu tersebut. Sekiranya anda mengalami sebarang gejala-gejala seperti yang ditunjukkan di atas. Segeralah lakukan pemeriksaan di klinik.

Setelah itu, pastikan juga anda mendapatkan rehat yang mencukupi. Anda disarankan untuk minum lebih banyak air kosong supaya dapat mencegah masalah sembelit. Pantau keadaan anda dengan lebih teliti serta segera maklumkan kepada doktor sekiranya anda mengalami sebarang gejala-gejala baru.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/#q=kehamilan+ektopik

http://www.alodokter.com/kehamilan-ektopik

http://mediskus.com/wanita/kehamilan-ektopik-gejala-penyebab-penanganan

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>