VIRUS MERS-CoV

Baru baru ini negara dikejutkan dengan kematian seorang jemaah  yang baru balik dari mengerjakan umrah disebab oleh penularan wabak penyakit MERS-CoV. Ini adalah merupakan kes pertama yang terjadi di Malaysia. Ketika musim melakukan umrah dan haji, semua bakal jemaah haji mahupun umrah diminta supaya sentiasa mengambil pelbagai langkah untuk menjaga kesihatan dengan lebih rapi terhadap  penularan wabak penyakit MERS-CoV ini.z1

Apa itu MERS-CoV?

MERS-CoV atau Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus adalah kumpulan virus yang besar dan meliputi pelbagai strain yang boleh menjangkiti manusia dan haiwan. Jangkitan  respiratory yang berlaku secara akut dan serius iaitu demam dan kesukaran bernafas adalah gejala utama yang dikesan dalam kalangan kes MERS-CoV. Pesakit yang terkena jangkitan mengalami radang paru paru. Ada juga sebahagian kes yang dikesan dengan gejala cirit birit.

Negara Timur  Tengah  yang dilaporkan terdapat wabak ini adalah Arab Saudi, UAE, Jordan, Qatar dan Tunisia, manakala Negara Eropah ialah Denmark, Jerman, Perancis dan United Kingdom. Sehingga kni WHO tidak mengeluarkan sekatan perjalanan pelancongan antarabangsa ke mana mana negara terlibat. Vaksin untuk wabak ini juga belum ditemui.  MERS-CoV mula dikesan di Arab Saudi pada tahun 2012.

Tanda tanda virus MERS-CoV pada manusia?

  1. Mengalami demam panas
  2. Radang paru paru
  3. Jangkitan mata
  4. Kandungan gula rendah dalam darah
  5. Gangguan dan masalah pernafasan yang teruk
  6. Batuk atau kesukaran bernafas dalam 10 hari
  7. Masalah kesihatan termasuk kegagalan buah pinggang berfungsi 100%
  8. Koma secara tiba tiba
  9. Komplikasi lain yang boleh membawa maut.z2

Panduan telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan kepada orang awam yang ingin mengerjakan umrah, mengerjakan haji atau mengadakan lawatan ke Negara di rantau Asia Barat yang kini ada kejadian jangkitan MERS-CoV :-

  • Selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan terutama selepas batuk, bersin atau selepas bersalaman .
  • Ketika dalam tempoh lawatan, hendaklah sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung serta bahan pencuci tangan.
  • Elakkan makan makanan mentah atau tidak dimasak dengan sempurna. Menjamah buahan atau sayuran yang tidak dibasuh terlebih dahulu atau minum minuman yang menggunakan bekalan air tidak terawat.
  • Mereka yang pulang dari lawatan ke Negara Asia barat dengan gejala  jangkitan respiratori (Batuk, Demam, Selsema dan sakit tekak) dinasihatkan memakai penutup mulut dan hidung. Jika gejala ini berterusan atau menjadi lebih teruk, segera dapatkan rawatan perubatan dan maklumkan sejarah perjalanan anda kepada doktor yang merawat.

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

Sihat Bersama TCM

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>