Frozen Shoulder

oie_iqsmcnemrfzo

Salam jumaat buat semua yang membaca. Hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua mengenai dengan masalah sakit bahu atau juga dikenali sebagai “frozen shoulder”. Huh? Bahu sape pulak yang beku nie..hehe Frozen shoulder sebenarnya adalah istilah yang sering digunakan bagi menggambarkan sakit pada bahagian bahu.

Kesakitan yang dialami pada bahagian bahu tersebut mampu membuatkan pergerakan seseorang itu menjadi terbatas.

 

Siapakah Yang Berisiko Tinggi?

Frozen shoulder sering dialami oleh mereka yang telah berusia 40 tahun dan ke atas. Selain itu, ia juga sering terjadi kepada mereka yang baru sahaja mengalami proses pemulihan daripada serangan stroke atau mastektomi.

 

Gejala-Gejala Frozen Shoulder

  • Merasa sakit di sekitar bahu yang bermula daripada tulang sendi bahu dan kawasan sekitarnya
  • Rasa sakit pada otot-otot lengan
  • Tetap merasa sakit walaupun sedang dalam keadaan rehat
  • Merasa sakit dan sukar untuk mengangkat lengan

 

Bagaimana Frozen Soulder Berlaku

Terdapat beberapa fasa di dalam perkembangan frozen shoulder. Pada fasa pertama, seseorang itu akan mula merasakan sakit pada bahunya dan merasa sedikit sukar untuk menggerakkan lengan mereka. Fasa ini dapat berlaku sekitar 4 bulan. 4 bulan seterusnya pesakit akan masih merasa sakit serta sukar untuk melakukan pergerakan pada lengan mereka.

Pada fasa yang terakhir pula, keadaan pesakit akan kembali beransur pulih apabila bahu mereka tidak lagi terasa kaku. Sakit yang dialami mereka juga turut beransur-ansur hilang.

 

Faktor Pendorong Frozen Shoulder

  • Jantina : Lebih banyak dialami oleh wanita berbanding lelaki
  • Usia : Mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas
  • Pergerakan : Mereka yang jarang menggerakkan bahu disebabkan kecederaan dll
  • Penyakit : Sering terjadi kepada pesakit diabetes

 

Penyebab Terjadinya Frozen Shoulder

Bahu memiliki kapsul perlindungan yang saling berkaitan. Kapsul tersebut melindungi tulang, ligamen dan juga tendon bahu. Frozen shoulder terjadi apabila berlakunya penebalan pada tisu yang membentuk kapsul perlindungan tersebut. Setelah itu, ia akan menampal pada sendi-sendi bahu sehingga membuatkan pergerakan bahu pesakit menjadi terganggu.

 

Tips Mengatasi Frozen Shoulder

  • Melakukan senaman dengan teratur
  • Angkat barang-barang yang berat dengan cara yang betul
  • Amalkan pola pemakanan yang sihat
  • Ikuti nasihat yang telah diberikan oleh doktor

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/#q=apa+itu+frozen+shoulder

http://www.alodokter.com/frozen-shoulder

https://hellosehat.com/penyakit/frozen-shoulder-sakit-bahu/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>