Sindrom Horner

oie_onlwzvtqd2fs

Selamat petang semua. Hari ini tcm nak kongsikan pula mengenai sejenis masalah kesihatan yang dikenali sebagai sindrom horner. Sindrom horner merupakan suatu keadaan di mana sebahagian wajah pesakit mengalami tanda-tanda seperti kelopak mata turun dan anak mata mengecil.

Ini adalah disebabkan oleh berlakunya gangguan pada saraf yang berpusat di otak dan berhubung dengan salah satu bahagian wajah atau mata seseorang itu.

 

Gejala-Gejala Sindrom Horner

Secara kebiasaannya gejala bagi pesakit sindrom horner hanya dialami pada sebahagian wajah penderita sahaja. Antara gejalanya adalah seperti :

  • Kelopak mata pada bahagian atas kelihatan menurun (ptosis)
  • Anak mata mengecil secara terus menerus
  • Saiz anak mata kiri dan kanan berbeza secara ketara
  • Kelopak mata bahagian bawah kelihatan menaik sedikit (ptosis upside-down)
  • Anak mata lambat untuk meluas ketika dalam keadaan kurang cahaya
  • Sebahagian wajah mengeluarkan peluh yang sedikit atau tiada langsung

 

Faktor Penyebab Sindrom Horner

Apakah sebenarnya yang menyebabkan sindrom horner ye? Ia adalah disebabkan oleh berlakunya kerosakan pada saraf simpatetik yang berfungsi untuk mengawal tekanan darah, degupan jantung, ukuran anak mata, mengeluarkan peluh dan fungsi lain yang dapat membuatkan tubuh badan bertindak balas dengan keadaan persekitaran.

Saraf simpatetik mengawal sebahagian wajah secara berasingan dan kerosakan dapat berlaku pada mana-mana bahagian saraf. Oleh itu sindrom horner kebiasaannya hanya berlaku pada sebahagian wajah sahaja.

 

Bagaiman Saraf Simpatetik Boleh Rosak

  • Mengalami sakit kepala pada sebelah bahagian atau migrain
  • Mengalami kecederaan pada sum-sum tulang belakang
  • Tumor atau stroke
  • Mengalami suatu keadaaan yang dikenali sebagai carotid artery dissection
  • Bayi yang mengalami kecederaan ketika lahir

 

Tips Pesakit Sindrom Horner

Bagi mereka yang menghidapi keadaan ini, tcm harapkan supaya anda segera berjumpa dengan doktor supaya anda dapat melakukan pemeriksaan dan mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Walaupun begitu, masih belum terdapat sebarang rawatan khusus bagi mengubati masalah ini. Akan tetapi, anda tidaklah boleh berputus asa.

InsyaAllah, setiap penyakit itu ada ubatnya, berusahalah untuk mendapatkan rawatan dan berdoa padaNya yang esa.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/#q=apa+itu+sindrom+horner

http://www.alodokter.com/sindrom-horner

http://health.detik.com/read/2011/08/05/092529/1697110/770/sindrom-horner-yang-menyerang-satu-sisi-wajah

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>