Penyakit Gangrene

oie_lGWuAiCN52Vy

Apa khabar semua, tajuk yang akan tcm kongsikan pada hari ini adalah mengenai sejenis penyakit yang dikenali sebagai penyakit gangrene. Kita selalu dengar antara salah satu bahaya merokok ialah berisiko mengalami gangrene. Akan tetapi, tahu tak kita sebenarnya apa itu gangrene? Gangrene adalah keadaan yang terjadi apabila tisu badan pesakit mati.

Keadaan serius ini dapat bermula dengan bahagian-bahagian badan yang paling hujung sekali seperti kaki, jari kaki atau jari. Walau bagaimanapun, gangrene juga dapat terjadi di dalam otot atau organ dalaman kita.

 

Gejala-Gejala Gangrene

Gejala bagi gangrene mempunyai skop yang sangat besar dan ia kebiasaannya bergantung kepada punca mengapa gangrene tersebut berlaku. Antara gejala-gejala umum gangrene adalah seperti :-

  • Tanda-tanda awal jangkitan yang berwarna merah dan bengkak
  • Bagi gangrene dalaman, bahagian dalaman yang terjejas akan merasa sangat sakit atau kebas
  • Kudis atau lepuh yang berdarah atau disertai dengan bau busuk bernanah
  • Kulit pada kawasan yang terjejas akan kelihatan berkedut dan kering serta kawasan yang disempadani dengan kulit yang kelihatan sihat
  • Perubahan warna kulit seperti warna putih, merah, unggu atau hitam
  • Demam

 

Oleh kerana gangrene boleh dikategorikan sebagai salah satu masalah kesihatan yang sangat serius, anda disarankan untuk segera mendapatkan rawatan sekiranya anda mengalami gejala-gejala seperti yang disebutkan di atas. Selain itu, pesakit gangrene juga turut berisiko mengalami kejutan septik kerana kemasukan bakteria ke dalam aliran darah.

Keadaan ini seterusnya dapat menyebabkan kejatuhan tekanan darah secara mendadak dan mampu mengancam nyawa pesakit.

 

Penyebab Gangrene

Penyebab utama kepada gangrene adalah disebabkan oleh peredaran darah yang terhalang. Aliran darah bukan hanya membawa nutrien dan oksigen. Sekiranya aliran darah terhalang, dan tidak dapat mengalir ke seluruh tubuh badan, sel-sel tubuh badan kita akan mati. Ditambah pula dengan jangkitan pada kawasan tersebut yang tidak ditanggani dengan betul, sel-sel tisu di kawasan sekitarnya juga akan turut mati.

Keadaan inilah seterusnya yang menyebabkan gangrene terjadi. Terdapat beberapa faktor lain juga yang dapat menyebabkan berlakunya gangrene. Antaranya seperti :-

  • Kecederaan parah dan luka-luka pembedahan
  • Jangkitan
  • Diabetes (tahap gula yang tinggi dapat merosakkan saraf dan saluran darah)
  • Gangguan vaskular seperti penyakit arteri peripheral / PAD (pengumpulan lemak di dalam arteri dan menyekat bekalan darah ke otot kaki), arterosklerosis (penyempitan arteri dan pengumpulan lemak di dalam arteri)
  • Obesiti
  • Merokok
  • Fenomena Raynaud, iaitu suatu keadaan di mana pembuluh darah yang memasukkan darah ke dalam kulit (terutama pada jari kaki atau jari tangan), memiliki tindak balas tidak normal pada suhu sejuk
  • Sistem imun lemah contoh seperti HIV, kekurangan zat makanan, alkohol kronik, penggunaan ubat-ubatan dan kemoterapi. Pada golongan yang terlibat dengan faktor ini, jangkitan ringan yang dialami mereka dapat menjadi parah dan menyebabkan gangrene

 

Jenis-Jenis Gangrene

Gangrene dapat dibahagikan kepada 4 kategori utama. Antaranya seperti :-

  1. Gangrene Kering – Terjadi kerana aliran darah pada bahagian tubuh badan yang tertentu menjadi terhalang
  2. Gangrene Basah – Dapat disebabkan oleh kecederaan yang dialami oleh jangkitan bakteria
  3. Gangrene Gas – Bakteria penyebabnya akan melepaskan gas sehingga lama kelamaan kulit akan membentuk gelembung udara seperti melepuh
  4. Gangrene Internal – Disebabkan aliran darah yang terhalang dari sampai ke organ-organ dalaman tubuh badan

 

Langkah Pencegahan Gangrene

Gangrene dapat dielakkan sekiranya masalah yang dialami dapat dirawat sebelum kerosakan tisu berlaku.

  • Mengawal faktor yang dapat mendorong gangrene – Contoh seperti mengekalkan kesihatan kaki pada mereka yang menghidapi diabetes atau arterosklerosis. Segera jumpa doktor sekiranya anda mengalami perubahan warna kulit pada kaki anda.
  • Amalkan gaya hidup sihat – Elakkan makanan yang berlemak bagi mencegah pengumpulan lemak di dalam saluran darah.
  • Berhenti merokok – Dengan berhenti merokok, kita dapat mencegah kesan berbahaya merokok seperti arteri tersumbat.
  • Mencegah jangkitan – Rawat kesan luka kita dengan baik dan bersih agar tidak terbuka sehingga kering bagi mengelakkan jangkitan
  • Had pengambilan alkohol – Adalah lebih baik sekiranya anda dapat mengelakkan terus dari minum minuman yang beralkohol.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=penyakit+gangrene

http://www.melayupost.info/2016/10/simptom-punca-rawatan-dan-pencegahan_30.html

http://www.alodokter.com/gangrene

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>