Tips Kesihatan : 7 Kebaikan Coklat Yang Perlu Tahu!

oie_r1KXmrt6ZKWD

Coklat! Semua orang pasti suka akan coklat. Dengar sahaja perkataan coklat sudah pasti membuatkan anda teringat akan kemanisan dan kesedapannya. Tapi, tahu tak anda coklat sebenarnya mempunyai pelbagai khasiat yang sangat baik untuk kesihatan kita semua? Ya, bukan sahaja sedap malah coklat juga mampu memberikan kita kesihatan yang baik!

Wah, tcm pasti anda sudah tak sabar nak makan coklat kan? Sabar..jom kita baca dulu apa yang tcm nak kongsikan mengenai kebaikan-kebaikan yang dapat diperoleh daripada coklat. Sebelum itu, jom kita tengok apa sebenarnya yang terdapat di dalam kandungan coklat ni.

 

Kandungan Coklat

Berikut merupakan sebahagian besar kandungan coklat yang terdiri daripada :

  • 14% kandungan karbohidrat
  • 9% protein (terdiri daripada zat protein, fenilalanin, asam amino triptofan dan  tyrosin)
  • 31% lemak
  • Serta lain-lain zat seperti alkanoid (zat yang menyebabkan coklat terasa pahit)

 

Coklat memiliki rasa yang istimewa sehingga membuatkan hampir setiap orang di dunia ini menjadikannya sebagai salah satu makanan kegemaran. Akan tetapi, tcm nak ingatkan, sekiranya diambil dalam jumlah yang berlebihan, coklat juga mampu untuk mendatangkan keburukan. Jadi kawallah pengambilan coklat seharian anda ya.

Dengan jumlah pengambilan yang betul serta tidak berlebihan, coklat bukan sahaja dapat memberikan anda rasa nikmat dari rasanya yang sedap, malah ia juga mampu memberikan anda kesihatan yang baik.

 

7 Kebaikan Coklat

1. Mempengaruhi Peningkatan Peredaran Darah : Sekumpulan individu yang memakan coklat dibandingkan tekanan darah mereka berbanding individu yang tidak memakan coklat. Hasil daripada kajian yang dijalankan tersebut, kajian mendapati kumpulan yang memakan coklat mempunyai tekanan darah lebih rendah berbanding kumpulan yang tidak memakan coklat.

 

2. Mengatasi Masalah Diarrhea : Para sainstis di Institusi Penyelidikan Kanak-Kanak Hospital Oakland mendapati bahawa flavonoid di dalam coklat dapat mengikat protein dan seterusnya mengawal rembesan cecair di dalam usus kecil serta berpotensi di dalam menghentikan masalah diarrhea.

 

3. Menurunkan Berat Badan : Pelik? Ya betul. Hasil kajian daripada Universiti Copenhagen mendapati bahawa coklat hitam dapat membuatkan kita lebih cepat kenyang.

 

4. Meningkatkan Kecerdasan Otak : Selain dapat membantu mengurangi kesan stress terhadap persekitaran anda, coklat juga mampu meningkatkan kekuatan otak. Kandungan coklat yang kaya flavanol mampu meningkatkan peredaran darah pada bahagian-bahagian utama otak selama 2-3 jam.

 

5. Mengurangkan Risiko Sakit Jantung : Coklat hitam dapat mengurangi risiko serangan jantung hampir 50%. Ini kerana, individu yang memakan coklat mampu membuatkan pembekuan trombosit di dalam darah mereka menjadi lebih lambat dan perlahan jika dibandingkan dengan individu yang tidak memakannya.

 

6. Menurunkan Kolestrol LDL : Hasil daripada kajian yang telah dijalankan coklat tidak hanya mampu menurunkan kadar kolestrol LDL (lemak jahat), malah ia juga mampu meningkatkan kadar kolestrol HDL (lemak baik).

 

7. Melambatkan Penuaan : Disebabkan coklat mengandungai antioksidan semulajadi, coklat dapat membantu mengurangkan kedutan yang terdapat pada wajah anda dan seterusnya melambatkan penuaan.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

 Rujukan

http://disehat.com/manfaat-makan-coklat-bagi-kesehatan-untuk-kecantikan/

http://manfaat.co.id/manfaat-coklat

https://www.google.com/#q=kebaikan+coklat+untuk+kesehatan

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>