Kelebihan berMADU!!

oie_2wulTsNv6dJA

“Madu”, istilah ini sahaja cukup menggambarkan kita berkenaan dengan sejenis makanan yang sangat lazat dan manis rasanya. Aktiviti bagi mengumpulkan madu lebah sememangnya sudahpun lama diamalkan semenjak zaman dahulu lagi. Sesetengah pihak juga percaya ianya telah pun diamalkan sejak 10,000 tahun yang lalu. Ini berikutan bukti gambar yang dijumpai pada dinding gua di Sepanyol yang menggambarkan seseorang sedang meraih sarang lebah yang berisi madu.

Madu merupakan salah satu makanan yang sangat berkhasiat untuk kita. Dengan mengamalkan pengambilan madu ke dalam kehidupan seharian kita, kita seterusnya secara tidak langsung dapat membuatkan kesihatan kita menjadi lebih baik. Selain daripada baik untuk kesihatan, madu juga baik untuk kecantikan kulit wajah. Oleh itu, kita digalakkan untuk menjadikan madu sebagai salah satu makanan tambahan di dalam hidangan kita setiap hari.

 

Kandungan Madu :

Maltosa : 7.1%
Glukosa : 31.3%
Abu (analisis kimia) : 0.2%
Fruktosa : 38.2%
Sukrosa : 1.3%
Gula paling tinggi : 1.5%
Air : 17.2%

 

Kebaikan Madu Mengikut Golongan

oie_transparent

Bayi @ Kanak-Kanak :

  • Dapat menyembuhkan dengan segera masalah seperti cirit-birit
  • Membantu pertumbuhan dari segi fizikal dan mental
  • Mengeluarkan lendir dari dalam badan bayi
  • Mengelakkan daripada terdapat cacing perosak di dalam perut
  • Menguatkan minda kanak-kanak

Wanita :

  • Membantu mendapatkan kulit yang halus, bersih serta berseri-seri
  • Menambahkan kejelitaan rupa paras
  • Mendapatkan tubuh badan yang cantik menarik

Lelaki :

  • Menguatkan tenaga batin
  • Menambahkan ketampanan
  • Memberi kekuatan tenaga untuk bekerja
  • Kelihatan lebih muda (awet muda)

 

Selain itu, pesakit diabetes juga turut mendapatkan kebaikan daripada madu lebah ini. Dengan menggantikan penggunaan gula kepada madu di dalam makanan dan minuman mereka. Pesakit diabetes dapat menstabilkan kandungan gula yang terdapat di dalam darah mereka.

 

Khasiat Lain Bagi Madu

1075399784_c.jpg

Ternyata, terdapat banyak khasiat yang dapat kita perolehi daripada madu lebah. Antara khasiat-khasiat lain bagi madu lebah adalah seperti di bawah :

  • Mengelakkan daripada mengalami berat badan yang berlebihan
  • Membantu menerangkan penglihatan
  • Memudahkan proses penghadaman dan pencernaan
  • Mengurangkan kesakitan apabila datang haid
  • Memulihkan penyakit seperti batuk dan juga lelah
  • Menguatkan jantung, buah pinggang serta tubuh badan
  • Menyembuhkan penyakit di dalam perut
  • Mempercepatkan penyembuhan luka seperti kesan pembedahan

 

Tips2 Penggunaan Madu

miss-bone-121

  • Bagi memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu.
  • Bagi mendapatkan kesegaran sepanjang hari, amalkan untuk minum air suam yang telah dicampur dengan sedikit madu pada setiap pagi.
  • Campurkan madu di dalam persediaan membuat kuih atau pun masakan.
  • Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
  • Untuk dapatkan tidur yang lena pada kanak-kanak, campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak.
  • Sekiranya anda mengalami masalah seperti batuk atau lelah. Ambil satu atau dua sudu madu. Serta pastikan tidak dicampurkan dengan ais.
  • Dapat mengubati sakit mata dengan menitiskan sedikit madu pada mata.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

line-lucu-SMS-Lucu-Pakai-Stiker-LINE-Dari-XL

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>