Tips Kesihatan : 6 Kombinasi Makanan Yang Bahaya

oie_B53YbM3loiqf

Bila disebut tentang hidangan makanan, tcm pasti, jarang sekali diantara kita hanya makan satu jenis hidangan sahaja ketika makan. Biasanya kita akan menggabungkan beberapa jenis hidangan makanan bagi menaikkan selera kita. Contohnya seperti nasi yang dimakan bersama tomyam, sayur kangkung belacan dan juga telur. Walalupun begitu, kita tidak sepatutnya menggabungkan makanan sesuka hati sahaja.

Ini kerana, terdapat beberapa jenis hidangan yang dapat mendatangkan kesan yang tidak baik terhadap kesihatan kita sekiranya dimakan secara bersama-sama.

 

6 Kombinasi Makanan Yang Bahaya

1. Daging dan Telur / Ayam dan Telur

Selalu ke makan daging dan telur atau ayam dan telur ni? Dua jenis hidangan ini sebenarnya agak tidak baik untuk dimakan bersama. Ini kerana kedua-dua hidangan tersebut akan mengambil masa yang lama untuk dicerna dalam perut. Hal tersebut secara tak langsung membuat sistem pencernaan anda untuk bekerja lebih keras.

 

2. Susu dan Pisang

Gabungan diantara susu dan pisang antara yang terkenal di kalangan orang muda, terutama sekali mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat. Walaupun begitu, terdapat percanggahan pendapat di dalam kalangan ahli pemakanan (nutritionist). Sesetengah ahli pemakanan berpendapat buah-buahan terutamanya yang manis perlu dimakan secara berasingan.

Ini kerana buah-buahan tersebut akan tinggal lama di dalam tubuh badan dan dapat melambatkan sistem pencernaan. Lebih-lebih lagi sekiranya buah-buahan tersebut turut dimakan beserta makanan lain.

 

3. Minum Air atau Jus Ketika Makan

Gabungan diantara dua hidangan ini sebenarnya sangat berbahaya dan tidak sihat. Ini kerana, air akan mencairkan asid perut dan mengurangkan kesan di dalam mencerna protein, karbohidrat serta lemak. Anda disarankan untuk minum air kira-kira setengah jam selepas makan.

 

4. Tomato dan Timun

Gabungan ini boleh dikatakan antara yang paling sering dijunpai ketika kita makan salad atau pun ketika makan nasi goreng. Ini kerana, kajian yang dijalankan menunjukkan dua jenis sayuran ini yang dimakan sekali dapat mengganggu saluran biokimia tubuh badan. Perkara tersebut seterusnya akan menyebabkan pembengkakkan yang berlebihan serta vitamin yang terkandung di dalam kedua sayuran tersebut tidak dapat dicerna dengan baik.

 

5. Kacang dan Keju

Kacang dan keju apabila dimakan secara bersama-sama dapat menyebabkan kesan seperti kembung, gas dan masalah pencernaan. Hal ini dapat menjadi semakin teruk sekiranya anda mempunyai sistem ketahanan tubuh badan yang lemah.

 

6. Pasta dan Daging Cincang

Setiap kali membuat atau makan pasta, kebiasaannya ia akan turut mengandungi daging cincang di dalamnya. Kelenjar ludah menghasilkan ptyalin dan amilase yang mengubah karbohidrat pasta menjadi gula sederhana. Ketika gula sederhana tersebut meliputi protein daripada daging, ia seterusnya akan mewujudkan satu campuran kimia berbahaya yang dapat menyebabkan diabetes dan CVD atau penyakit yang berkaitan dengan jantung dan pembuluh darah.

 

Berikut di atas tcm kongsikan dengan anda semua 6 gabungan makanan yang dapat mendatangkan bahaya kepada kesihatan kita. Terdapat banyak lagi hidangan makanan yang tidak sesuai untuk dimakan secara bersama. Pastikan anda cek terlebih dahulu ye. Dengan menjaga pemakanan anda, anda secara tidak langsung turut menjaga kesihatan dari terdedah kepada sebarang penyakit yang berbahaya.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=kombinasi+makanan+yang+berbahaya

http://travel.tribunnews.com/2018/02/03/sering-dikonsumsi-7-kombinasi-makanan-ini-ternyata-berbahaya-satunya-pisang-dan-susu?page=3

https://www.liputan6.com/citizen6/read/3109916/kombinasi-favorit-6-makanan-ini-berbahaya-dikonsumsi-bersamaan

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>