Bell Palsy

oie_hTArrpW30CXD

Apa itu bell palsy ? Ianya adalah suatu jenis penyakit saraf yang mampu menyerang tidak kira jantina ataupun bangsa. Lebih tepat lagi, ianya adalah sejenis penyakit saraf yang berkaitan dengan wajah muka seseorang itu. Ia akan menyebabkan sebahagian daripada otot-otot muka penderita menjadi condong atau seakan-akan luruh sebelah. Hanya yang tinggal adalah sebahagian sahaja lagi wajah penderita yang masih seperti sediakala. Hanya sebelah mampu tersenyum dan hanya sebelah mata sahaja mampu tertutup dengan sempurna. Penyakit ini adalah berbeza pada setiap orang yang mengalaminya. Pada sesetengah orang, ia hanyalah bersifat sementara sahaja. Di mana, ia mungkin terjadi selama beberapa hari atau beberapa minggu sahaja kemudian setelah lebih kurang 6 bulan, penderitanya berkemungkinan besar akan pulih sepenuhnya seperti sediakala.

Namun, pada kes yang lain pula, ianya bersifat kekal, penderitanya mungkin mengalaminya seumur hidup mereka. Sebab terjadinya bell palsy masih belum diketahui secara pasti. Akan tetapi, ramai yang menganggap ianya terjadi disebabkan oleh jangkitan virus. Bell palsy dapat menyerang tiba-tiba tanpa memberi sebarang isyarat. Ramai yang menyalah anggap penyakit bell palsy dengan strok. Ini kerana wajah individu yang diserang penyakit bell palsy akan kelihatan turun atau senget sebelah seperti serangan penyakit strok. Walaupun terdapat persamaan begitu, namun ianya tidaklah dikatakan strok kerana ia hanya membabitkan otot muka sahaja. Manakala, seseorang yang diserang strok biasanya akan lumpuh sebelah badan mereka sama ada kiri atau kanan.

 

Antara gejala2 bell palsy ialah :

  1. Kuantiti air mata dan air liur berkurang pada bahagian muka yang diserang bell palsy.
  2. Wajah muka kelihatan turun sebelah dan sukar menunjukkan apa2 ekspresi wajah.
  3. Mengalami kesukaran untuk bercakap.
  4. Terjadi secara tiba-tiba serta membuatkan penderitanya sukar untuk senyum serta sukar bagi menutup sebelah kelopak matanya.
  5. Deria rasa menjadi berkurang.
  6. Merasa nyeri pada rahang atau belakang telinga di sebelah wajah yang diserang bell palsy.
  7. Sensitiviti bunyi meningkat pada bahagian wajah yang terpengaruh.

 

Pada zaman sekarang terdapat perbagai kemudahan yang semakin maju dan canggih yang boleh kita gunakan. Begitu juga dengan bidang perubatan yang semakin maju. Sekarang ini telah banyak penggunaan laser digunakan bagi membantu sesuatu rawatan untuk merawat penyakit tertentu. Namun begitu, sekiranya anda mempunyai masalah berkenaan penyakit bell palsy atau lain-lain penyakit. Saya sarankan anda untuk mencuba satu rawatan alternatif yang semakin diberi sambutan pada masa kini. Master tole adalah seorang yang sangat berkebolehan di dalam bidang perubatan. Beliau menggunakan rawatan alternatif bagi merawat sesuatu penyakit itu. Selain itu, beliau juga menyediakan ubat-ubatan herba yang akan disediakan khusus buat individu yang mengalami sesuatu penyakit itu. Anda boleh temui mereka di The Tole Acupuncture Herbal-Medical Centre.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

60

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>