Tips Seronok Bersenam

Hye kengkawan…!!

Kalau sebelum nie anda dihidangkan dengan tips penjagaan jantung dalam kehidupan seharian,kali nie saya nak kongsikan pula dengan tips seronok untuk bersenam. Bukan apa sebenarnya saya nie pun bukan jenis yang rajin untuk bersenam juga, so terlintas pula kat benak otak saya nie  untuk kekalkan kesihatan haruslah melakukan senaman kan, tetapi bagaimanakah caranya untuk kita lebih seronok dalam melakukan aktiviti tersebut.. ..

so selepas membaca entry yang dipaparkan ini, rajin-rajin lah ringankan badan mempraktikkan untuk keluar bersenam ya..dok gituu kengkawannn ?? :)

tips seronok bersenam dari aku yang paling terbaek..

Berhenti memberi  alasan

Perkara yang paling penting adalah berhenti memberi alasan. Sebenarnya kengkawan secara tidak sedar, kehidupan kita seharian banyak dirosakkan dengan bermacam-macam alasan untuk memulakan sesuatu yang sihat. Okey sebagai contoh jika anda dipersoal bila hendak memulakan rutin senaman, selalunya pasti akan terdengar jawapan spontan seperti  ‘ nantilah’, ‘esoklah’ atau ‘mula minggu depanlah’. Alasan  sebegini seolah-olah anda menipu diri sendiri dan anda mungkin menyesal  dengan alasan tertangguh-tangguh anda itu dikemudian hari. Oleh itu, berhentilah memberi alasan dan mulakan rutin sihat untuk kebaikan  yang tidak ternilai dikemudian hari.

Jadikan senaman sebagai rutin harian anda

Kesihatan yang baik adalah satu keperluan untuk hidup. Dengan  mendisiplinkan diri untuk menetapkan bahawa bersenam adalah rutin harian penting seperti rutin sihat yang lain, lama kelamaan  secara semulajadi anda akan melakukan senaman sama seperti anda memberus gigi setiap hari. Kalau sehari tidak bersenam mau gelisah satu badan woiiiiiiiiiiiii…!!

Konsisten

Anda masih ingat ke tarikh terakhir anda melakukan senaman? Sudah berapa lama tu?

Erm keadaan ini disebabkan anda tidak konsisten dalam melakukan senaman dan kecergasan badan anda pun sudah terkeluar dari radar yang sepatutnya.

Okey kengkawan, untuk menjadi lebih konsisten anda perlulah mencipta jadual senaman sekurang-kurangnya tiga hari dalam seminggu. Dengan ini anda boleh memeriksa samada anda patuh atau tidak dengan jadual yang anda cipta sendiri itu. Jika anda patuh dengan jadual anda, anda sendiri akan berpuas hati dan sekiranya tidak, anda tahu yang anda hanya menipu diri sendiri sahaja.

Gabungkan aktiviti senaman

Anda boleh memvariasikan aktiviti senaman anda untuk mengelakkan rasa bosan. Contohnya  berjoging smbil mendengar muzik, melakukan yoga, berlari diatas treadmill sambil menonton televisyen, berlari sambil berbual di telefon dengan pasangan anda dan sebagainya.

Memulakan dengan perlahan

Cuba anda memulakan sesuatu aktiviti secara perlahan  dan anda meningkatkannya dari masa kesemasa dengan menambah aras  dalam senaman yang dilakukan. Anda akan terase seperti  cabaran dengan senaman tersebut  selain ianya akan terus memotivasikan diri anda untuk terus bersenam dan cuba membuat peningkatan dari satu tahap ke tahap yang lain.

Buat nota

Catatkan senaman yang anda lakukan seperti catatkan berapa jarak anda berlari atau berjalan, berapa berat dumbbell yang anda angkat. Anda akan lihat perkembangan senaman anda sebelum anda Nampak hasilnya. Sekiranya anda tidak Nampak hsilnya, anda harus menambah aktiviti senman tersebut mengikut keperluan tubuh badan anda sendiri.

Beri ganjaran kepada diri sendiri

Raikan kejayaan anda dengan sesuatu yang sihat sebagai contoh, beli sebuah elliptical baru daripada anda membeli televisyen baru.. :)

Cari seorang sahabat

Bersenam sendirian memang akan menjadi bosan. Cuba cari seorang sahabat yang menjadi teman anda bersenam dan membuat anda komited dengan aktiviti kecergasan yang anda lakukan. Anda boleh juga berkongsi idea dan merancang aktiviti pelbagai bersama sahabat anda.

Melakukan dalam keseronokan

Tidak kira berapa banyak pun strategi yang anda cuba atur, ianya tidak akan terhasil jika anda sendiri tidak gembira melakukannnya. Mungkin jika anda bosan melakukan aktiviti senaman yang sama , cuba bersukan pula. Anda juga boleh mencuba cara baru seperti menari, yoga, berfutsal, kickboxing dan sebagainya.

 

 

alaaa tomey – tomeyyy… :) :)

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>