Mulut Berbau (Halitosis)

oie_mD1fNPd0otXW

Masalah “Halitosis” atau lebih dikenali dengan masalah “Mulut Berbau” sememangnya membebankan mereka yang mengalaminya. Ini kerana, masalah yang dialami mereka bukanlah disebabkan oleh faktor malas memberus gigi atau sebagainya. Akan tetapi, masalah tersebut tetap terjadi walaupun mereka sering memberus gigi pada awal pagi. Halitosis dapat terjadi pada semua orang tidak kiralah kanak-kanak ataupun orang dewasa.

Halitosis dapat mendatangkan pelbagai kesan pada mereka yang mengalaminya. Antara kesan yang dapat dialami mereka ialah merasa rendah diri, kurang berkeyakinan untuk berbual dengan orang ramai, menjadi seorang yang pendiam, kurang bergaul dan lain-lain. Halitosis lebih mendatangkan masalah sekiranya mereka yang mengalaminya mempunyai profession pekerjaan yang memerlukan mereka untuk banyak bercakap dengan orang ramai.

 

Penyebab Umum Halitosis

brown-bare-tree-clipart-tree-hi1. Bakteria

  • Antara punca utama yang menyumbang kepada masalah ini ialah kesan daripada bakteria yang membiak di dalam mulut. Bakteria ini hidup dan membiak dengan menggunakan sisa makanan yang tidak dibersihkan daripada gigi kita.
  • Bakteria tersebut tidak memerlukan oksigen untuk hidup, ini membuatkan mereka lebih mudah untuk membiak pada kawasan-kawasan yang sukar untuk dibersihkan seperti celah-celah gigi dan gusi, di bawah plak yang melekat pada gigi dan pada celah-celah rekahan lidah.
  • Setelah itu, bakteria-bakteria ini merembeskan hasil perkumuhan yang terdiri daripada asid dan juga sulfur yang menyebabkan munculnya bau yang kurang enak.

2. Kekurangan Air Liur

  • Kekurangan air liur di dalam mulut seseorang itu dapat mendorong kepada pembiakan bakteria di dalam mulut. Ini kerana, air liur berfungsi sebagai bahan pembilas mulut semulajadi. Ia mencuci mulut sepanjang masa dan secara tidak langsung membuang sisa-sisa makanan dari permukaan gigi.
  • Oleh kerana kurangnya air liur, proses membilas dan mencuci di dalam mulut tidak dapat berlaku seperti biasa. Perkara ini secara tidak langsung akan membuatkan mulut seseorang itu berbau.
  • Sebagai contoh, ketika kita tidur, proses penghasilan air liur akan berkurang dan disebabkan itulah ketika kita bangun pagi, kita mendapati mulut kita mempunyai bau yang kurang enak.

Selain daripada dua sebab yang di atas, aktiviti merokok dan mempunyai kepanasan yang berlebihan di dalam perut juga mampu mendorong kepada halitosis. Antara air yang dapat membantu menyeimbangkan tubuh badan adalah seperti air kosong, sup, buah-buahan seperti timun dll.

 

Gejala Halitosis

dead_flies

  • Sering merasa tidak selesa di dalam mulut serta berbau busuk
  • Terdapat kesan yang berwarna kuning atau putih pada lidah anda
  • Orang sering menutup mulut ketika berbual dengan anda
  • Ada yang menegur bau mulut anda

 

Kita sudah tahu apa yang menyebabkan bakteria itu membiak di dalam mulut kita. Selain daripada kesan akibat sisa-sisa makanan yang terdapat di celah-celah gigi dan gusi. Ia juga disebabkan oleh faktor seperti kekurangan air liur. Namun, tahukah anda apa yang menyebabkan seseorang itu mengalami masalah kekurangan air liur? Berikut merupakan beberapa penyebab yang membuatkan seseorang itu mengalami masalah kekurangan air liur :

  • Mengalami dehidrasi atau kekurangan air di dalam badan
  • Pengambilan minuman yang beralkohol
  • Mengalami penyakit pada pencernaan, pernafasan, usus, buah pinggang, jangkitan tekak dll
  • Mereka yang sering bercakap banyak
  • Kesan sampingan daripada ubat-ubatan untuk penyakit darah tinggi, penghalang selera makan dll
  • Penggunaan ubat kumur yang mengandungi alkohol

 

Langkah Mengatasi Halitosis :

  • Banyakkan meminum air kosong sekurang-kurangnya 2L sehari
  • Memberus dan flos gigi setiap hari
  • Membersihkan lidah dengan menggunakan berus gigi yang mempunyai pembersih lidah
  • Elakkan daripada meminum minuman yang beralkohol
  • Elakkan juga daripada menggunakan pencuci mulut yang mengandungi alkohol
  • Dapatkan rawatan daripada doktor sekiranya anda mempunyai masalah pada gigi dan gusi anda
  • Minum teh

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

line-lucu-SMS-Lucu-Pakai-Stiker-LINE-Dari-XL

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>