Risiko Hamil Kembar

happy little girls twins sister in bed under the blanket having

Salam jumaat semuanya, hari ini tcm ingin berkongsi dengan anda semua berkenaan dengan risiko kehamilan. Informasi ini bukanlah bertujuan bagi menakutkan bakal-bakal ibu di luar sana. Akan tetapi, informasi ini bertujuan bagi membantu kita semua di dalam menghadapi proses kelahiran dengan lebih bersedia. Bukan hanya untuk wanita, lelaki juga hendaklah tahu apa yang perlu dihadapi si isteri.

Akan tetapi, untuk artikel kali ini kita akan lebih fokuskan kepada risiko kehamilan anak kembar. Anak kembar sememangnya dilihat sangat istimewa, apatah lagi bagi kembar seiras. Persamaan yang dimiliki mereka, sangat menakjubkan. Hal ini terbukti apabila, si ibu mengetahui terdapat lebih daripada satu janin yang berada di dalam kandungannya. Perkara tersebut pasti mendatangkan kegembiraan buat mereka.

Walaupun gembira dengan kehadiran si kecil yang istimewa, si ibu hendaklah mengetahui bahawa, risiko yang akan dialami oleh si ibu dan anak adalah lebih tinggi berbanding kelahiran normal. Ini kerana, proses kelahiran bagi bayi kembar adalah lebih rumit berbanding proses kelahiran biasa. Jadi, bagi para ibu yang sedang hamil terutamanya anak kembar, sentiasalah jaga kesihatan anda agar proses persalinan dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

 

Antara Jenis-Jenis Kembar

oie_2UxxE3aMfxLe1. Kembar Fraternal

Kembar jenis ini merupakan kembar yang paling sering terjadi di dalam kes kehamilan kembar. Perkara ini terjadi apabila dua telur terpisah dan kemudiannya disenyawakan oleh dua sperma yang berbeza. Perkara ini seterusnya menyebabkan setiap janin memiliki plasenta dan kantung ketubannya sendiri. Bayi yang dilahirkan, boleh terdiri daripada dua orang bayi kembar lelaki atau perempuan atau juga kembar lelaki dan perempuan.

2. Kembar Seiras

Kembar jenis ini pula merupakan kembar yang terjadi apabila telur yang telah disenyawakan membelah dan berkembang menjadi dua janin. Kembar seiras mungkin berkongsi plasenta, akan tetapi setiap bayi kebiasaannya memiliki kantung ketuban yang telah terpisah. Bayi yang dilahirkan kebiasaannya memiliki jantina yang sama serta saling berkongsi ciri-ciri fizikal yang dimiliki mereka.

 

Gejala-Gejala Kehamilan Kembar

oie_SRWXM2Zarz36

  • Perut menjadi sangat besar serta tidak sesuai dengan usia kehamilan
  • Berat badan melebihi berat purata
  • Mual serta muntah berlebihan sewaktu trimester pertama (hormon kehamilan tinggi)
  • Pergerakan janin lebih aktif dari biasa

 

Risiko Hamil Anak Kembar

yellow-warning-hi

1. Kelahiran Pra-matang

Risiko ini merupakan risiko yang sering dihadapi oleh bayi kembar dimana mereka mengalami kelahiran pra-matang ataupun lahir sebelum waktunya. Kesan daripada kelahiran pra-matang, bayi tersebut berisiko mengalami pertumbuhan organ-organ janin yang belum sempurna.

Dengan zaman yang semakin maju, para ibu tidaklah perlu risau akan hal ini kerana sudah terdapat banyak pusat kesihatan yang memiliki teknologi tinggi untuk menanggani bayi kembar yang mengalami masalah ini.

Terdapat banyak sebab yang membuatkan risiko ini semakin meningkat. Antaranya ialah, stress. Oleh itu, kawallah perasaan anda agar tidak mendorong kepada meningkatnya risiko ini.

2. Diabetes Ketika Hamil

Ibu yang mengandungkan anak kembar lebih berisiko tinggi untuk menghidapi diabetes ketika hamil. Perkara ini disebabkan oleh faktor peningkatan pengeluaran hormon tertentu yang berpengaruh pada kemampuan tubuh untuk memproses insulin.

Oleh itu, para ibu hendaklah mengamalkan gaya pemakanan yang dicadangkan oleh doktor bagi mengatur semula hormon. Walaupun begitu, keadaan ini tidak membahayakan kesihatan anak, akan tetapi lebih mempengaruhi kesihatan si ibu yang sedang hamil.

3. Masalah Plasenta

Masalah ini tidaklah hanya berlaku kepada mereka yang hamil anak kembar. Akan tetapi, ianya berkemungkinan dialami oleh setiap kehamilan. Namun begitu, risiko bagi mereka yang hamil anak kembar adalah lebih tinggi bagi mengalami masalah ini.

Masalah ini mampu menyebabkan terjadinya pendarahan, tidak kiralah ketika hamil ataupun setelah melahirkan. Akan tetapi, masalah ini dapat dikesan oleh doktor dengan cepat sekiranya melakukan pemeriksaan.

Oleh itu, seringlah dapatkan rawatan pemeriksaan dengan sekerap mungkin ketika anda hamil.

4. Masalah Jantung

Kajian menunjukkan ibu yang hamil anak kembar juga berisiko tinggi untuk mendapat masalah jantung. Risiko bagi mereka yang hamil anak kembar adalah setinggi empat kali ganda lebih tinggi daripada kehamilan biasa.

Seperti kelahiran pra-matang, stress juga merupakan salah satu pendorong bagi terjadinya masalah ini. Selain daripada masalah jantung, stress juga dapat mendorong kepada masalah lain seperti darah tinggi. Jadi, para ibu dinasihatkan agar selalu mengawal tekanan perasaan agar tidak sering stress.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

oie_Un5hhN8USaCv

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>