Tips Kesihatan : Bina Badan

oie_Yn3LUL54rc3A

Hai semua, salam jumaat. :)

Hari ini, TCM akan berkongsi beberapa tips penting berkenaan bina badan. Ramai yang menganggap, aktiviti ini hanyalah untuk sesetengah orang sahaja. Bagi TCM, menjaga kesihatan melalui cara ini merupakan salah satu cara yang efektif buat seseorang itu. Disamping tubuh badan yang sihat, kita juga dapat mempunyai bentuk badan yang cantik.

Malah, ia juga sesuai dilakukan sesiapa sahaja. Walaupun begitu, seseorang itu hendaklah mengikuti garis panduan yang betul di dalam melakukannya. Ini bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Bagi mendapatkan bentuk badan yang diingini, seseorang itu bolehlah menyertai mana-mana gym yang disukai mereka.

Bagi yang tidak mampu ataupun tidak mempunyai masa untuk ke gym, mereka masih boleh melakukan senaman hanya dari rumah sahaja. :) Cuma yang penting, hendaklah sentiasa konsisten. Ini kerana, senaman bagi membina badan tidaklah hanya berlaku dalam semalaman sahaja. Perkara pertama yang perlu dilakukan sebelum anda memulakan latihan adalah:

 

Sediakan Jadual:

yellow-onion-head-emoticon-18

Perkara ini penting kerana, bak kata pakar-pakar motivasi yang selalu keluar tv “Jika kita gagal untuk merancang, kita sebenarnya merancang untuk gagal” Ada faham??:) hehe. Ok, rutin biasa yang dilakukan kebanyakan orang adalah dengan membahagikan hari mengikut otot yang berbeza-beza. Contoh rutin senaman yang dapat anda lakukan adalah seperti dibawah.

 

Isnin                         :                   Chest Day + Bicep
Selasa                        :                   Back Day + Tricep
Rabu                          :                   Shoulder Day + Trap
Khamis                    :                   Bicep & Tricep
Jumaat                    :                   Abs & Leg
Sabtu & Ahad       :                   REST DAY!! :)

 

Berikut di atas merupakan jadual yang boleh anda ikuti. Tidak kiralah anda ingin bersenam di gym ataupun di rumah. Senaman dimulakan pada hari isnin dengan melakukan senaman yang menumpukan pada otot dada. Kemudian barulah melakukan sedikit senaman pada otot bicep. Hari selasa pula menumpukan senaman pada otot belakang dan sedikit senaman pada otot tricep.

Hari seterusnya “rabu”, fokuskan senaman pada otot bahu dan lakukan sedikit senaman pada otot trap. Hari khamis barulah anda melakukan senaman dengan menumpukan pada otot bicep dan tricep. Hari terakhir sekali “jumaat”, anda bolehlah melakukan senaman dengan menumpukan pada dua jenis otot iaitu perut dan kaki. Hari sabtu dan ahad merupakan hari untuk anda berehat.

 

Jaga Pemakanan:

0011

Setelah anda dapat melakukan senaman dengan konsisten dan melakukannya dengan cara yang betul. Salah satu faktor lain yang penting untuk anda ambil perhatian adalah cara pemakanan anda. Bagi mendapatkan hasil yang maksima, anda hendaklah mengamalkan cara pemakanan yang betul. Serta anda perlu mengurangkan makanan yang berkarbohidrat sederhana dan gantikannya dengan karbohidrat kompleks seperti ubi dan beras merah.

Makan makanan yang mengandungi karbohidrat di pagi hari. Pilih sayuran bukan tepung seperti kacang hijau, kubis dan amalkan untuk makan makanan protein tanpa lemak seperti ikan dan ayam. Selain itu, elakkan juga makanan yang mengandungi banyak lemak dan gula seperti makanan segera. Adalah amat penting bagi anda untuk makan makanan yang sihat dan seimbang.

Pastikan kita mendapat protein yang secukupnya. Ini kerana, protein dapat membantu kita membina jaringan otot yang kuat ketika kita menghilangkan lemak dari tubuh badan. Protein disyorkan untuk diambil sebelum dan sesudah kita bersenam. Serta, minum protein shake bagi melengkapkan makanan protein kita.

 

Tidur dan Rehat Yang Cukup:

yellow-onion-head-emoticon-16

Walaupun anda banyak bersenam, pastikan juga anda mendapat tidur dan rehat yang secukupnya. Setelah penat bersenam, pastikan anda mendapat tidur sekurang-kurangnya selama 8jam sehari. Ini penting bagi tubuh anda mendapatkan tenaga yang secukupnya. Hari sabtu dan ahad merupakan hari untuk anda berehat. Melakukan senaman tanpa rehat yang cukup, mampu meningkatkan risiko kecederaan pada diri anda.

 

NOTA PENTING: AWAS!!!!

Elakkan daripada mengambil bahan-bahan yang terlarang sebagai makanan tambahan anda tidak kiralah melalui makanan, minuman ataupun suntikan. Bersenamlah dengan cara dan gaya yang sihat. Sekiranya anda betul-betul konsisten dengan latihan anda, bentuk badan yang diidamkan pasti menjadi milik anda. Secara tidak langsung, anda juga telah mengamalkan gaya hidup yang sihat. ;)

 

To BE Continue…

Untuk mereka yang inginkan contoh-contoh senaman yang boleh dijadikan rutin senaman, silalah tunggu post yang lain ya, sampai disini sahaja untuk kali ini. Terima Kasih. :)

 

vIfY2Rn.0

Tengok ape la tue ye??

                                      Ni kot?? hehehe

powerful-mouse-ethow

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>