Demam Scarlet

oie_Fn6CNXE6llMk

Salam khamis semua. Tajuk artikel hari ini adalah berkenaan dengan sejenis demam yang dikenali sebagai demam scarlet. Woa, apa tu? Demam scarlet atau scarlet fever adalah sejenis demam yang disertai dengan ruam merah yang terdapat pada kulit seseorang itu. Demam scarlet sering sekali ditemui menyerang kanak-kanak yang berusia 5-15 tahun.

Selain daripada ruam merah, demam scarlet juga disertai dengan terjadinya keradangan pada bahagian tekak dan seseorang itu juga akan mengalami demam pada suhu yang tinggi.

 

Penyebab Demam Scarlet

Demam scarlet disebabkan oleh sejenis jangkitan bakteria yang dikenali sebagai streptococcus. Bakteria ini sering sekali ditemui pada bahagian kulit dan tekak. Ianya dapat disebarkan melalui air liur. Contohnya seperti ketika seseorang itu bersin ataupun batuk.

Mereka yang telah pun dijangkiti oleh bakteria ini akan mula merasakan kesannya setelah 2-4 hari mereka terdedah kepada virus tersebut. Disebabkan oleh ciri-cirinya yang sangat mudah sekali tersebar, kita hendaklah lebih berjaga terhadap faktor persekitaran kita.

 

Gejala-Gejala Demam Scarlet

Sebelum kita meneruskan pembacaan mengenai gejala-gejala yang ditunjukkan oleh pesakit demam ini. Mesti anda tertanya-tanya bukan mengenai nama kepada demam ini? Ok, meh tcm nak kongsikan, demam ini dinamakan demam scarlet kerana disebabkan oleh ciri-ciri demam ini yang membuatkan tubuh penderitanya ditumbuhi ruam-ruam yang berwarna scarlet.

Antaranya gejala-gejalanya adalah seperti :

  • Ruam yang memenuhi keseluruhan tubuh badan
  • Demam pada suhu yang tinggi sehingga mencecah/melebihi 38 darjah celcius
  • Lidah berwarna kemerah-merahan disertai dengan benjolan-benjolan kecil
  • Sering mual-mual dan juga muntah
  • Sukar untuk menelan sesuatu makanan
  • Pembesaran kelenjar limfa di leher

 

Tips Mengatasi Demam Scarlet

Perlu diingatkan supaya sebelum mencuba mana-mana tips yang diperolehi daripada internet, adalah sebaiknya kita mendapatkan nasihat daripada doktor yang bertauliah terlebih dahulu. Ini bertujuan supaya mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini daripada terjadi.

Berikut disenaraikan beberapa tips yang boleh anda lakukan supaya dapat mengatasi kesakitan yang dialami ketika mengalami demam scarlet.

  • Kumur larutan air garam bagi melegakan sakit yang dialami pada bahagian tekak
  • Elakkan daripada mengelap air sejuk pada badan pesakit
  • Elakkan daripada terdedah kepada faktor yang dapat menyebabkan keradangan seperti asap rokok
  • Menggunakan lozen tekak bagi mengurangkan kesakitan yang dialami akibat radang yang terjadi pada bahagian tekak.
  • Gunakan losyen bagi meredakan gatal yang dialami

 

Langkah-Langkah Pencegahan Demam Scarlet

  • Sentiasa menjaga kebersihan diri seperti mencuci tangan menggunakan sabun
  • Elakkan berkongsi peralatan makanan dengan mereka yang menghidapi demam scarlet
  • Elakkan berada berhampiran dengan penderita ketika mereka sedang batuk atau bersin

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://www.vemale.com/topik/kesehatan-anak/83335-tahukah-mom-apa-itu-scarlet-fever.html

http://www.alodokter.com/demam-scarlet

http://cikgusi.blogspot.my/2010/04/scarlet-fever.html

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>