Prader Willi Syndrome

oie_7FOxW5M3faWQ

Salam jumaat buat semua. :)

“Anak” merupakan anugerah yang sangat berharga buat mana-mana pasangan yang telah pun berkahwin. Antara perkara yang paling diingini setiap pasangan terhadap anak mereka adalah agar mereka dapat lahir dan membesar dengan sihat dan ceria. :) Dapat melihat anak membesar dengan sihat merupakan hadiah yang sangat istimewa buat mereka.

Kanak-kanak yang gemuk dianggap sihat di dalam masyarakat kita. Akan tetapi, kita hendaklah berjaga-jaga kerana kanak-kanak yang gemuk berpotensi menghidapi sejenis sindrom yang akan dapat mengganggu proses pembesaran mereka. Hari ini tcm akan berkongsi dengan anda semua berkenaan dengan sejenis sindrom yang dikenali sebagai “Prader Willi Syndrome” (PWS).

 

Apa itu PWS

1075399784_c.jpg

PWS merupakan sejenis sindrom yang sangat jarang berlaku. Di mana, ianya hanya ditemui 1 didalam setiap 10,000 kelahiran. Ia melibatkan struktur genetik yang kompleks yang seterusnya memberi kesan terhadap banyak bahagian pada tubuh seseorang itu. Syndrom ini ditemukan oleh Prader, Labhart dan Willi pada tahun 1956. Ianya adalah disebabkan oleh hilangnya fungsi gen pada bahagian yang tertentu pada kromosom 15.

Ketika bayi, mereka dikenal pasti melalui keadaan ketegangan otot yang lemah (hypotonia), kesukaran untuk menyusu, serta pembesaran dan perkembangan yang perlahan. Pada fasa pembesaran awal, kanak-kanak yang menghidapi PWS akan mempunyai nafsu terhadap makanan yang terlalu tinggi sehingga sukar untuk dikawal. Hal ini seterusnya akan menyebabkan mereka mengalami obesiti. Antara kes yang pernah direkodkan, seorang kanak-kanak berusia empat tahun, mempunyai berat badan sehingga 90kg.

 

PWS perlu dipantau

oie_mnGa3xqtu5Jb

Kanak-kanak yang menghidapi PWS perlu sentiasa dipantau oleh ibu bapa mereka. Ini kerana, segala tindakan kanak-kanak itu akan dipengaruhi oleh perasaan mereka untuk makan dan terus makan. Lebih membahayakan sekiranya ibu bapa tidak prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh anak mereka dan hanya memberikan sahaja segala makanan yang diminta.

 

Mengenal pasti PWS

yellow-onion-head-emoticon-02

Mengenal pasti PWS di kalangan bayi yang baru dilahirkan merupakan satu tindakan yang sepatutnya. Ini bertujuan agar proses pembesaran bayi tersebut dapat dipantau dengan lebih teliti. Pemeriksaan awal PWS disyorkan pada bayi yang baru dilahirkan apabila hypotonia dikesan. Pemeriksaan awal PWS yang dilakukan seterusnya akan memudahkan rawatan susulan yang akan diberikan terutamanya pemberian hormon pembesaran.

Suntikan hormon secara berkala dapat membantu perkembangan otot, mengurangkan pengambilan makanan serta menaikkan berat badan bayi. Ini kerana, selain mengalami hypotonia, bayi yang mengalami PWS juga akan mempunyai kesukaran untuk menyusu lantas membuatkan mereka mengalami berat badan yang terlalu kurang. Dengan bantuan daripada suntikan hormon ini, bayi akan dapat mengalami proses pembesaran tubuh badan secara normal.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

line-lucu-SMS-Lucu-Pakai-Stiker-LINE-Dari-XL

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>