Penyakit Gastroenteritis

oie_pme3pVIMoPwC

Hai semua, hari ini tcm nak kongsikan pula mengenai sejenis penyakit yang dikenali sebagai gastroenteritis. Apa itu gastroenteritis? Gastroenteritis adalah suatu jangkitan yang terjadi pada usus ataupun perut yang disebabkan oleh beberapa jenis virus. Gastroenteritis juga dikenali sebagai radang perut. Salah satu virus yang dapat menyebabkan seseorang itu mengalami gastroenteritis dikenali sebagai “Rotavirus”.

Seseorang yang dijangkiti oleh virus ini akan mengalami gejala-gejala seperti sakit perut, mual dan muntah. Gejala bagi penyakit dapat dilihat setelah 1-3 hari seseorang itu mendapat jangkitan.

 

Penyebab Gastroenteritis

Seperti yang telah dinyatakan diatas, penyebab kepada penyakit ini disebabkan oleh jangkitan yang terjadi pada usus dan juga perut. Salah satu cara usus ataupun perut mendapat jangkitan adalah melalui keracunan makanan. Dua jenis virus yang sering menyebabkan seseorang itu mengalami penyakit ini ialah Rotavirus dan juga Nurovirus.

Virus dapat tersebar melalui seseorang kepada seorang yang lainnya dengan pelbagai cara. Antaranya ialah melalui sentuhan secara langsung kepada kawasan yang terdapat virus tersebut.

 

Gejala-Gejala Gastroenteritis

Gejala gastroenteritis kebiasaannya akan bertahan selama 1-2 hari. Akan tetapi, terdapat juga kes di mana ianya berlangsung sehingga 10 hari. Antara gejala-gejala yang berpotensi dialami pesakit gastroenteritis ialah :

  • Hilang selera makan
  • Demam serta sakit kepala
  • Mual dan muntah-muntah
  • Sakit pada bahagian otot
  • Berat badan semakin menurun

 

 Gejala Gastroenteritis Bagi Kes Serius

  • Mengalami muntah darah
  • Demam melebihi suhu 40 darjah celcius
  • Dehidrasi yang teruk
  • Kelihatan lemah dan tidak bermaya
  • Diarrhea yang disertai dengan darah

 

Faktor Pendorong Gastroenteritis

Faktor yang menjadi pendorong kepada gastroenteritis adalah pertama tabiat tidak mencuci tangan dengan bersih. Lebih membimbangkan apabila orang tersebut bertugas untuk memasak makanan kepada orang ramai. Faktor kedua pula ialah melalui pemakanan yang tidak bersih. Contohnya seperti memakan makanan yang disediakan dipersekitaran yang kotor.

Antara yang berpotensi tinggi diserang gastroenteritis ialah :

  • Kanak-kanak
  • Individu yang memiliki sistem ketahanan tubuh badan yang lemah
  • Individu yang tinggal di tempat yang kecil dan ramai orang
  • Orang tua

 

Langkah-Langkah Pencegahan

  • Mencuci tangan dengan bersih
  • Sering menjaga kebersihan diri dan persekitaran
  • Elakkan daripada bersentuhan secara langsung dengan mereka yang telah pun dijangkiti gastroenteritis
  • Tidak berkongsi barangan peribadi

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/?gws_rd=ssl#q=penyakit+gastroenteritis

http://www.alodokter.com/gastroenteritis

http://www.referensisehat.com/2015/05/gejala-penyebab-mengatasi-gastroenteritis-peradadangan-pada-perut.pdf.html

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>